Tuesday, 2 April 2013
Filled Under:
INFO SAINS
FOSIL MAKHLUK MENYERUPAI MANUSIA DITEMUI
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
ROMA, - Fosil rahang bawah berusia antara 30.000-40.000 tahun ditemui di Riparo di Mezzena, Monti Lessini, Itali. Saintis mempercayai fosil tersebut adalah makhluk hibrid antara manusia dan Neanderthal setengah manusia, pertama yang berjaya ditemui.
Jika analisis lebih lanjut mengesahkan pendapat saintis itu, maka penemuan ini mengukuhkan teori pernah adanya perkahwinan antara manusia dan Neanderthal pada masa lalu. Sejauh ini, bukti genetik menunjukkan bahawa manusia Eropah dan Asia mempunyai 1-4 peratus DNA Neanderthal.
Silvana Condemi, antropolog dari University of Ai Marseille dan Lembaga Ilmu Pengetahuan Perancis (CNRS), mengatakan, rahang bawah fosil yang baru sahaja ditemui menunjukkan adanya persamaan dengan manusia dan Neanderthal.
"Dari morfologi rahang bawah, wajah individu Mezzena nampak seperti makhkuk antara Neanderthal yang mengalami penurunan rahang bawah (tak punya dagu) dan manusia moden yang punya rahang bawah menonjol dan dagu yang berkembang," kata Condemi
Condemi menggunakan analisis DNA dan imej 3D untuk mengungkap persamaan tersebut. DNA pada organ sel yang bertugas untuk menghasilkan tenaga, mitokondria, diteliti.
Analisis DNA mitokondria individu Mezzena mengungkap, DNA pada bahagian tersebut sesuai dengan Neanderthal. Kerana DNA mitokondria diturunkan melalui ibu, saintis mengesyaki individu Mezzena adalah Neanderthal perempuan yang khawin dengan Homo sapiens laki-laki.
Menurut saintis, Neanderthal telah tinggal di Mezzena selama 200,000 tahun. Mereka telah berjaya dengan kebudayaannya, disebut Mousterian. Beberapa artifak menunjukkan bukti kebudayaan mereka, antara lain alat batu berupa kapak.
Manusia sendiri diduga mula hidup di gua-gua Itali sekitar 45.000 tahun lalu. Selama beberapa ribu tahun, manusia dan Neanderthal berkongsi wilayah, saling bersaing, tetapi sekaligus juga berkaitan seksual.
Pertemuan dan pembiakan seksual antara Neanderthal dan manusia moden bukanlah perkara yang mudah.
Hubungan seksual antara keduanya juga bukan sesuatu yang dikehendaki kedua-dua belah pihak. Fosil di Mezzena diduga adalah mangsa rogol manusia moden pada masa lalu.
Ian Tattersall, pakar fosil manusia dan Neanderthal dari American Museum of Natural History, mendedahkan bahawa penemuan baru ini menarik dan perlu dipelajari lebih lanjut. Kebudayaan Neanderthal dan makhluk pure Neanderthal akhirnya punah 35.000-30.000 tahun lalu.SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment