Tuesday 2 April 2013

Filled Under:

REMAJA BRITAIN M.A.T.I DIGIGIT 5 EKOR ANJING




Atherton - Mayat seorang gadis remaja ditemui di sebuah rumah di Britain selepas ia nampaknya digigit hingga meninggal dunia oleh lima anjing peliharaan yang "jadi tidak terkawal".


Polis menemui mayat Jade Lomas-Anderson, 14 tahun, di rumahnya di Atherton, dekat Manchester, England barat laut, Selasa (26/3/2013), dengan sejumlah luka yang menunjukkan bahawa dia telah diserang oleh anjing-anjing itu. Empat daripada anjing itu telah ditembak mati polis, yang dipanggil ke rumah tersebut pada pukul 14.00, Selasa kelmarin, setelah ada laporan bahawa seorang gadis tidak sedarkan diri, dan sekumpulan anjing menjadi tidak terkawal.
Anjing yang kelima ditangkap polis. Kelima anjing akan diperiksa sebagai sebahagian daripada siasatan polis.
Dua daripada anjing-anjing itu diyakini jenis buul mastiffs dan dua yang lain diyakini jenis staffordshire bull terrier. Namun, polis belum mengesahkan jenis anjing-anjing tersebut.
Jade sedang tinggal di rumah seorang temannya, Kimberley Concannon, untuk bercuti Paskah. Di situlah kejadian tersebut berlaku. Dia berada sendirian di rumah itu, dan sedang makan tengah hari, ketika anjing-anjing tersebut menyerangnya.

Sejumlah polis yang tiba di rumah itu berhadapan dengan sejumlah anjing agresif di laman belakang. Mereka harus menggunakan perisai anti huru-hara. Mereka kemudian mencari Jade yang telah meninggal dunia di lantai, berlumuran berdarah akibat luka gigitan di sekujur tubuhnya.
Inspektor Polis Mark Kenny, dari pihak polis Greater Manchester, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga remaja itu dan mengatakan insiden itu "sangat menyedihkan". "Kami sedang menyiasat untuk mencari tahu apa yang sedang berlaku, luka gadis itu menunjukkan bahawa dia telah diserang oleh anjing," katanya dalam satu kenyataan.
Jade tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah di dekat lokasi itu. Ia merupakan pelajar kelas sembilan di sebuah sekolah menengah tempatan.
Anjing-anjing itu milik ibu Kimberley, Beverley, yang menyebut anjing-anjing itu sebagai "bayinya" walau ada sebuah tanda di rumah itu yang terbaca, "Awas anjing ... masuk tanggung sendiri risikonya".



  Sejumlah jiran  tetangga mengatakan takut dengan anjing-anjing itu. Ada yang mengatakan, kematian mengerikan yang menimpa Jade merupakan "tragedi yang tinggal menunggu waktu" dan bahawa anjing-anjing itu sering meraung dan menggongong setiap ada orang yang mendekati teras rumah tersebut.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers