Sunday, 28 April 2013

Filled Under:

Keindahan Orkid Kupu-Kupu



Orkid Phalaenopsis turut dikenali moth orchids kerana bu­nganya yang berkembang seakan kupu-kupu yang mengembangkan sayapnya apabila ditiup angin.
Tergolong dalam famili tumbuhan orchidaceae dan mempunyai banyak spesies menarik dan amat diminati.
Kelopak bunganya pula dalam pelbagai bentuk dan warna menarik antaranya putih, merah jambu, kuning, merah tua serta ungu.
Ia sejenis orkid monopodial, mempunyai batang dan daun yang hanya tumbuh di bawah serta pengeluaran tangkai bunga dengan beberapa kuntum bunga di hujung batang bunga.


Malah orkid ini juga terkenal sebagai epifit atau tumbuhan menumpang yang tumbuh di pokok-pokok dengan persekitaran yang lembap. 


 


Biasanya ia mempunyai tangkai bunga yang panjang dan kelihatan menarik.
Orkid ini biasanya berbunga hanya sekali atau dua kali setahun dan bunganya mampu bertahan lebih kurang dua atau tiga bulan.

Pembiakan orkid jenis ini boleh dilakukan menerusi keratan ‘anaknya’ yang tumbuh dari tangkai bunga atau tunggul pokok selepas berbunga.

Dari segi penjagaan pula, siram air apabila perlu dan jangan biarkan medium tanaman kering kerana boleh menjejaskan pertumbuhannya.

Anda juga boleh letakkan lumut sphagnum moss bagi mengekalkan kelembapan medium tanaman.

Sembur daun dan medium tanaman bertujuan menambah kelembapan keadaan persekitarannya.

Malah orkid ini memerlukan sedikit naungan daripada terik cahaya matahari bagi mengelakkan medium tanaman cepat kering.

Justeru, letakkan di tempat teduh atau di bawah sungkupan jaring hijau
atau hitam. 




Sepatutnya daun orkid berwarna hijau sederhana dan jika didapati orkid anda berdaun kekuningan atau hijau gelap, bermakna ia kurang atau terlebih menerima cahaya matahari.

Gunakan baja semburan daun khas dengan kuantiti serta kekerapan menyembur seperti disyorkan di pek baja yang digunakan.

Seterusnya, ia memerlukan peredaran udara baik bagi mengelakkan serangan penyakit kulat dan serangga perosak.

Ia juga perlu dibuat pemasuan semula atau ditukar pasu dengan medium tanaman baru setiap tahun untuk mengekalkan pertumbuhan dan pengeluaran bunga berpanjangan
.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers