Tuesday, 30 April 2013
Filled Under:
kisah misteri dan seram
Kisah seram !jumpa 'nenek' di kuburan
Posted By:
zamri spoon
on 01:30
Pasti anda pernah terdengar kisah mengenai makhluk asing ditanah perkuburan Bidadari di Serangoon. Mak cikku pernah mendiami kawasan tersebut dalam zaman remajanya iaitu ketika arwah datukku bertugas sebagai penjaga kubur dahulu. Hari itu makcik berkerja giliran petang. pulangnya pula hampir larut malam. Perjalanan untuk sampai kerumah datuk yang jauh di kawasan pendalaman pula mengharuskan beliau melintasi tanah perkuburan.
Memang tidak dinafikan kenyataannya bahawa pusara usang itu memang harum baunya pada saat saat tertentu, tidak sediakitpun ian menghiraukan makcik, apa lagi kisah mengenai munculnya 'perempuan cantik' yang kerap diperkatakan orang sedikit masa dulu. Lalu, pada suatu hari, dengan takdir tuhan beliau tergerak hati untuk mengambil jalan dekat dengan harapan dapat sampai kerumah dengan secepat mungkin. Hari itu cuaca kurang baik.
Beliau sedar laluan yang harus dijalani itu memang gelap. Dengan berpandukan lampu suluhnya, mak cikku nekad sahaja. Beliau terlupa pesan datuk. "Tak takutlah jalan sini. Dulu inilah tempat aku bermain main," bisik hati kecilnya semasa melalui kuburan yang teratur satu persatu. Agak jauh jugak beliau berjalan, tetapi tidak pulak mak cikki berhenti barang seketika.
Gara gara mahu pulang cepat akhirnya beliau kepenatan. Dengan menghela nafas panjang, makcik pun mula berjalan perlahan semula. "Tak sangka bau wangi malam nie kuat benar...."katanya. "Baru balik nak?" kedengaran suara menegurnya. Tetapi reaksi makcik tidak berubah barang sedikit. Menurutnya, beliau tidak pun rasa cemas atau bertanya perihal suara tadi. Seakan akan separyh sedar. "Baru balik nak?" kaliini suara itu agak dekat dengannya.
"Eh betulkah aku dengar orang cakap dengan aku?" aneh benar soalannya seperti tidak yakin pada diri sendiri. Sebentar kemudian beliau terdengar ketawa kecil seakan akan sinis yang mempersendakannya. Beliau memaling ke kiri dan ke kanan mencari dari mana datang arah suara tadi. Dibawah sebatang pokok kelihatan seorang nenek tua sedang duduk diatas sebuah kubur.
Nenek tua itu memakai payung, tetapi tidak pula menunjukkan rupanya. Buntu benak makcik seketika, tak tahu apa yang harus dibuat. Beliau cuba mengimbas kembali pesan datuk ketika dalam keadaan begitu, tetapi tiada apa yang keluar. Cuba lari dari tenpat itu pun terasa seperti ada yang menahan. Alhamdulilah, akhirnya tiba juga makci didepan pintu rumah
. Kalau biasa beliau akan membuka daun pintu tanpa menggangu datuk dan nenek yang telah lama terlena, tapi kali ini beliau mengetuk pintu sekuat hati. Menurut makcik, raut wajahnya yang pucat lesi membuat datuk yang tadinya marah marah menjadi begitu prihatin terhadap anaknya. Apabila suasana kembali tenang, makcik memberitahu akan kejadian dikuburan tadi. "Itulah engkau degil...aku dah kata, jangan pandai pandai sendiri, nak potong dekat konon.
Kau tahu kan aku dah pesan jangan jalan dekat situ kalau badan kotor! Lupa ke kau tu uzur!" nenek berleter. Malam itu makcik tak lena tidur. Beliau terdengar suara nenek tua itu meminta izin tidur bersamanya. Mulalah tubuh makcik menjadi seram sejuk dan menggigil. Beliau meracau tidak tentu arah. Mujur datuk tahu mengubati makcik, sementara menanti pagi menjelang, agar dapat dipanggil tukang ubat yang ahli dalam mengubati penyakit misteri. Setelah seminggu lamanya, makci sembuh kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
doakan penghuni kubur
ReplyDelete