Thursday 11 April 2013

Filled Under:

Pelik ! 7 Manusia Ini Tumbuh Tanduk

Manusia dengan tanduk awalnya sukar dipercayai, namun banyak kes-kes di pelbagai pelusuk dunia. Beberapa orang, kebanyakan sudah lanjut usia tumbuh tanduk di kepala mereka, bahkan di bahagian lain.
 sekurang-kurangnya ada tujuh orang tumbuh tanduk. Kebanyakan di China. Para ahli kesihatan hingga kini masih menyiasat kes pertumbuhan tanduk di kepala manusia itu. Siapa saja orang dengan tanduk di kepala mereka? Berikut ulasannya.


 Masih di 2007 surat kabar China Yang Cheng melaporkan mereka melihat seorang nenek melakukan perjalanan dari Kota Zhanjiang. Betapa kaget ternyata perempuan 95 tahun itu mempunyai tanduk di dahinya.

Tanduk melengkung seperti batang labu itu mempunyai panjang hingga 15 sentimeter. Nenek bernama Zhao itu mengatakan sebenarnya itu tahi lalat namun tumbuh semakin panjang.



 Pada 2007 datuk asal China bernama Ma Zhong Nan menjadi salah satu orang dengan tanduk ada di dunia. Dari kepala lelaki 93 tahun itu mencuat sebuah benda kecil sama tanduk. Sebelumnya Nan tengah menyisir rambut dan terluka di kepala. Awalnya ia tidak mempedulikan luka kecil itu namun lama kelamaan sebuah zat keras mula keluar dari kepalanya.

Nan mempunyai tanduk dengan panjang 10 sentimeter. Dia pernah cuba berubat ke doktor, namun para perubatan mengatakan tidak boleh membantunya.





 Saleh Thalib asal Yaman mengaku tanduknya tumbuh sejak dia bermimpi. Lelaki 102 tahun ini merasa ada hal yang aneh di kepalanya. Ternyata dia mempunyai tanduk dan saat terbangun sedikit demi sedikit mimpi itu menjadi nyata. Dia menganggapnya anugerah dari Tuhan.

Meski mengaku tidak selesa, Saleh menolak kurnia dari Tuhan itu dihilangkan, Menurut doktor dari rumah sakit khusus, tanduk lelaki ini disebabkan lapisan kulit keras ada di kepalanya. Tanduk itu kini telah sepanjang 12 sentimeter.





 Seorang datuk bernama Yuan Fan dari Kota Ziyuan, China Selatan, menjadi perbincangan dunia kesihatan. Dia mempunyai sebuah tanduk aneh berukuran tujuh sentimeter. Lelaki 84 tahun ini bercerita tanduk di kepalanya mula berkembang sejak lima tahun lalu hingga kini. "Saya cuba memotongnya tetapi terus berkembang. Saya tak dapat mengubahnya, makin besar," ujarnya

Untungnya tanduk itu tidak boleh tumbuh lebih tujuh sentimeter. Para doktor di China belum mengetahui apa yang terjadi pada dia.





 Mungkin ini lelaki paling banyak mempunyai tanduk di kepala walaupun di bawah bibirnya. Abdul Razak seorang pesara polis asal Kota Narasimharajapura, India, telah hidup dengan beberapa tanduk di bahagian belakang kepalanya, selama lebih dari 20 tahun.

Sebenarnya lelaki ini lahir normal meski ada pertumbuhan aneg di kepala dia. Namun selepas bersara, tanduknya mula tumbuh.

Pada 2008, salah satu tanduk Razak, seperti jari yang panjang, Seorang doktor dari rumah sakit setempat mengatakan kes ini sangat jarang. Kadang-kadang terjadi kerana lemak di dalam kulit.





 Zhan Ruifang asal China menghebohkan dunia lantaran mempunyai satu tanduk di dahi sebelah kiri. Tanduk ini mirip tanduk kambing. Panjangnya kira-kira enam sentimeter dan boleh tumbuh lagi.

Perempuan usia 101 tahun itu juga merasa dahi sebelah kanannya bakal tumbuh tanduk pula. Perhatikan titik berwarna hitam di jidat sebelah kanannya. Bila benar tumbuh maka Ruifang menjadi perempuan pertama dengan tanduk binatang sempurna.






Seorang perempuan tidak diketahui namanya disinyalir asal Rusia mempunyai tanduk keluar dari kepalanya. Panjang tanduk ini hingga 17 sentimeter. Banyak orang menyebutnya Wanita Unicorn.

Awalnya dia mempunyai benjolan. Entah kenapa benjolan tidak boleh diubati itu keluar tanduk bulat.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers