Mayat wanita di China dicuri dari dalam kubur oleh para perompak kemudian mereka jual untuk di jadikan isteri dalam sebuah tradisi pengebumian yang sudah sangat jarang ditemui di China.
Ada sebuah tradisi pengebumian unik di China yakni memakamkan seorang lelaki yang belum berkahwin dengan mayat seorang wanita secara bersamaan fungsinya adalah agar mayat si wanita tadi menjadi isteri mayat lelaki di alam bazakh.
Namun amalan pengebumian unik ini sudah sangat jarang dilakukan oleh masyarakat china biasnya mereka mendapatkan mayat wanita berdasarkan kesepakatan dengan para keluarga yang ingin mayat anggota keluarganya dikebumikan secara serentak.
Namun kerana sukarnya mencari orang yang mahu membolehkan mayat wanita untuk dikebumikan secara bersama sama dengan lelaki yang belum berkahwin tadi ternyata di manfaatkan oleh beberapa perompak mayat di China.
Mereka memberi dan menjual mayat mayat wanita yang mereka curi dari kubur untuk dijual kepada orang yang memerlukan mayat wanita untuk di makamkan bersama lelaki yang belum berkahwin tadi.
Nah baru baru ini empat pencuri mayat yang sering mencuri mayat wanita untuk ritual pengebumian ini ditangkap polis seperti yang dikhabarkan Xian Evening New.
"Empat orang kedapatan mencuri mayat wanita, mereka membersihkan dan mengawetkan mayat tersebut untuk dijual dengan harga yang tinggi," sebut berita dari Xian Evening News, seperti dikutip AAP
Sebelum akhirnya mereka ketangkap polis pencuri ini telah berjaya menjual 10 mayat dan mereka mendapatkan wang sebanyak CNY240 ribu
Mahkamah China pun menghukum para pencuri itu dengan hukuman antara 28 hingga 32 bulan penjara. Pegawai mahkamah menyatakan para perompak memanfaatkan keberadaan tradisi itu untuk keuntungannya sendiri.sumber
Monday, 29 April 2013
Filled Under:
unik dan aneh
Pelik ! Tradisi Curi Mayat Dijadikan Isteri
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment