Seorang lelaki 19 tahun asal Iran menderita penyakit aneh dan jarang: di bola mata kanannya tumbuh bisul, yang di atasnya muncul bulu-bulu halus. Penyakit yang jarang berlaku itu membuatnya kesukar untuk melihat dan menyebabkan ketidak selesaan saat berkelip.

Rangkaian kulit seperti bisul yang tumbuh di bola mata lelaki itu berukuran 5 hingga 6 mm, dan membuat rasa tidak selesa apabila melihat. Pasukan doktor pun segera mengeluarkan bisul tersebut.

Berdasarkan laporan dari jurnal tersebut, penyakit aneh itu tidak menyebabkan rasa sakit, tapi membuat cacat penglihatan penderitanya. Selain itu, penderitanya merasa tidak selesa apabila berkelip kerana kehadiran benda asing di matanya.

Limbal dermoid ini adalah penyakit yang sangat jarang berlaku, hanya terjadi pada satu daripada 10,000 pesakit. "Saya telah melihat beberapa penyakit ini dalam kerjaya perubatan saya. Hampir 100,000 pesakit yang menderita ini, namun sangat jarang yang tumbuh di bola mata," kata Dr Richard Meetz, seorang profesor klinikal di Indiana University School of Optometry.
Ia menjelaskan, bahawa rangkaian kulit limbal dermoid adalah bawaan dari lahir, dan sel kulit itu terus tumbuh membentuk rangkaian yang sama pada kulit. Selain itu limbal dermoid juga boleh tumbuh di beberapa bahagian badan.

"Rangkaian kulit yang tumbuh bulu ini biasanya tumbuh pada kelenjar keringat dan tulang rawan. Namun, dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku boleh tumbuh di gigi. Selama ini saya belum mencari penyakit ini tumbuh di gigi, yang paling aneh hanya tumbuh di bola mata," jelasnya .
Gangguan terbesar dari penyakit limbal dermoid yang menimpa di lelaki Iran ini adalah gangguan penglihatan. Tumbuhnya jaringan kulit di bola mata telah membuat ketajaman penglihatan pesakit menjadi berkurang.sumber
0 comments:
Post a Comment