LIMBANG – Taktik seorang wanita menyembunyikan dua paket syabu di celah pahanya terbongkar apabila dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Batu Bekarang di sini kelmarin.
Polis turut menahan suami wanita tersebut bersama seorang bayi berusia enam bulan dalam serbuan pada pukul 5.54 pagi. Bayi itu kemudian diserahkan kepada waris terdekat suspek.
SEPASANG suami isteri ditahan bersama syabu bernilai RM600 selepas polis menyerbu sebuah rumah di Limbang, Sarawak kelmarin. |
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, wanita berusia 30 tahun itu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah bersama suaminya yang berusia 42 tahun sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, selain tangkapan, polis turut merampas syabu seberat 1.8 gram bernilai RM600 yang disembunyikan di celah paha wanita itu.
“Kita jangka menahan beberapa individu lagi yang menjadi orang tengah kepada pasangan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, kedua-dua suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing dan semakan mendapati, pasangan itu turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
0 comments:
Post a Comment