Monday 1 April 2013

Filled Under:

UNIK !! RUMAH TERKECIL SEKALI DIDUNIA

 
Nampak depan dan belakang "rumah terkecil".




Pernahkah anda membayangkan hidup bersempit-sempit di antara dua bangunan tinggi? Arkitek asal Poland Jakub Szczesny mampu mewujudkan hal tersebut. Tapi, apa alasannya?Kajian menunjukkan, bahawa saat ini kita semua tengah menghadapi bencana sosial. Terlalu sedikit living space yang dibina.- Jakub Szczesny
Szczesny mencipta sebuah rumah yang hanya mempunyai lebar satu setengah meter. Rumah ini memanjang ke dalam sejauh 10 meter dan mempunyai tinggi 9 meter, serta berdiri 3 meter di atas permukaan tanah.


"Rumah terkecil" ini dibuat dari aluminium dan plastik. Selain itu, besi dan paip aluminium menjadi penyangga strukturnya. Bahkan, rangka pembinaan rumah ini dibuat di tempat lain lantaran sempitnya lokasi.

Rumah ini tidak menawarkan banyak hal yang dapat dinikmati penghuninya. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya, rumah ini mempunyai bilik mandi, dapur, dan bilik tidur.
Rumah yang didakwa sebagai "rumah terkecil" di dunia ini bahkan tidak mempunyai ruang untuk tingkap. Cahaya matahari masuk melalui celah-celah lubang kecil di ruang tidur. Jika anda tinggal di dalam rumah ini, anda hanya akan dibangunkan oleh sedikit sekali sinar matahari.
"Rumah terkecil" ini dibuat dari aluminium dan plastik. Selain itu, besi dan paip aluminium menjadi penyangga strukturnya. Bahkan, rangka pembinaan rumah ini dibuat di tempat lain lantaran sempitnya lokasi.
Terinspirasi filem
Projek "rumah kurus" ini bernama Rumah Keret. Nama tersebut diperolehi dari penulis dan pembuat filem asal Israel Etgar Keret. Keret sendirilah yang mencetuskan projek ini dan akan tinggal di lokasi tersebut selama enam bulan.
The Foundation of Polish Modern Art dan Warsaw Town Hall turut membantu pembiayaan rumah ini. Alasannya, rumah ini mereka anggap sebagai salah satu bentuk karya seni.
Namun, meski mendapatkan bantuan dana, rumah ini terolong sangat sederhana. Rumah ini tidak menawarkan banyak hal yang dapat dinikmati penghuninya. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya, rumah ini mempunyai bilik mandi, dapur, dan bilik tidur.
Bilik mandi pun hanya berupa tandas dengan pancuran head yang berada hampir tepat di atasnya. Rumah ini juga hanya menyediakan dapur berukuran sangat kecil. Kerana itulah, anda tidak mungkin menyimpan banyak peralatan memasak dan bahan-bahan masakan di rumah ini. Bahkan, peti sejuk di rumah ini hanya sanggup untuk menampung dua minuman. Lalu, jika penghuni rumah ini ingin berehat, ia harus rela naik-turun tangga kecil untuk tidur.
"Kajian menunjukkan, bahawa saat ini kita semua tengah menghadapi bencana sosial. Terlalu sedikit living space yang dibina," kata sang arkitek, Szczesny.
"Anda tidak memerlukan begitu banyak ruang untuk tinggal di dalamnya, jadi perlu mempertimbangkan membina bangunan-bangunan dengan skala lebih kecil untuk tempat tinggal lebih murah," lanjut Szczesny.

 
Nantinya, ketika Keret pindah dari rumah tersebut, ia akan memberikannya kepada salah satu rakan kerja Keret.
"Rumah ini menjadi peringatan bagi keluarga saya," ujar Keret.


Keret menjelaskan, bahawa keluarga ibu dan ayahnya terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Nazi Jerman di Poland. Datuk dari keluarga ayahnya tewas di Warsaw tahun 1944 dalam pergerakan melawan Nazi.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers