Thursday, 25 April 2013

Filled Under:

Wanita Ini Sudah 10 Tahun Hanya Makan Mi Segera

   



Biasanya orang hanya makan mi segera di saat-saat hujung bulan dan memang tak baik untuk kesihatan jika sering mengambilnya kerap. Namun Georgi Readman malah mengambil mi segera sebagai makanan hariannya. Hal itu disebabkan ia menderita Selective Eating Disorder. Georgi pernah keracunan makanan pada usia 8 tahun yang menyebabkan trauma takut terhadap makanan. Sejak saat itu ia mula mengambil mi segera secara berterusan kerana yakin itu tak akan membuatnya keracunan seperti dulu. 


  
 Gadis asal dari eropah  itu akan panik, berpeluh dan susah bernafas ketika menelan sayuran atau buah-buahan. Sesekali Georgi juga memakan kentang dan sedikit ayam namun 2 bungkus mie lebih mengenyangkan baginya. Bahkan jenama mi segera yang dimakan remaja berusia 18 tahun itu hanya satu jenama. Ketertarikannya dengan mi segera berawal dari usia 5 tahun ketika melihat abangnya, Jason, makan dengan lahap. Pola makan tak sihat itu membuat Georgi mempunyai kesihatan setara dengan wanita berumur 80 tahun kerana kekurangan pemakanan.

 
  
Bahkan doktor sempat mengira mahasiswa profesi tata rambut ini menderita leukimia. Kini ia dirujuk melakukan terapi untuk sembuh kerana dirinya sendiri juga ingin boleh makan dengan normal. "Aku tidak boleh keluar dan makan malambersama teman-teman kerana aku tidak ingin menjerit di depan mereka jika ada sayuran di pinggan," ungkap Georgi. "Aku lelah seperti ini setiap hari dan impianku adalah makan makanan yang sihat dan menambah berat badan.


 " Selective Eating Disorder adalah gangguan yang menyebabkan seseorang menjadi sangat pemilih terhadap makanan. Di beberapa kes seseorang akan makan 10 jenis makanan yang sama, namun jika teruk seperti yang dialami Georgi ini. Penderitanya biasanya hanya makan junk food dan kekurangan vitamin, kalsium, zat besi dan imun rendah.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers