Tuesday 14 May 2013

Filled Under:

Biar Betul ! Datuk 92 tahun Tarik Kereta Guna Gigi

Seorang datuk berusia 92 tahun, Mike "Mighty Atom Jr" Greenstein, akan cuba menarik kereta dengan menggunakan giginya. Datuk dari tiga cucu yang sudah mempunyai tiga cicit ini dijadualkan menarik kereta Buick LaCrosse tahun 2006 dengan giginya minggu depan di Pulau Coney, New York.

Aksi itu adalah penampilan pertamanya sebagai orang kuat di depan awam. Ayahnya, Joe "Mighty Atom" Greenstein, terkenal di pentas sarkas kerana dapat menggigit paku dan benda tajam lain pada era 1930-an.

Greenstein Junior mengatakan, dia mampu menarik kereta dengan giginya kerana mampu mengawal minda dan tubuh. "Saya hanya mengosongkan fikiran dan menumpukan serta mengatakan saya lebih kuat dari kereta itu. Bukan gigi yang bekerja, melainkan rahang. Jika dapat mengatup dengan kUAT, rahang akan bekerja, demikian pula dengan otot leher dan otot lengan. Gigi hanya sedikit bekerja, "ujar Greenstein menjelaskan.SUMBER







                          
                            JOM SAKSIKAN AKSI ATUK INI TARIK KERETA GUNA GIGI:






1 comments:

  1. Perfffgh..... kuat betul gigi pak cik ni. Mesti tak ada gigi berlubang. huhu

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers