Monday, 20 May 2013

Filled Under:

Festival Untuk Pasangan Kembar Terbesar Didunia

Twins Days adalah festival tahunan yang diadakan untuk para orang kembar setiap bulan Ogos di  Cleveland Twinsburg, Ohio, Amerika Syarikat.

Ini adalah salah satu pertemuan orang kembar terbesar di dunia dengan kira-kira 3,000 pasangan menghadiri festival tersebut setiap tahun. Acara ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti makan-makan, hiburan, pertandingan golf, parade orang kembar, pertunjukan bakat, peraduan dan macam-macam lagi.

Sebagaimana disiarkan amusingplanet, Twins Days awalnya bermula pada tahun 1976 dengan hanya diikuti oleh 37 pasang orang kembar. Festival ini kemudian diteruskan

Ribuan fraternal, kembar serupa, kembar tiga, dan bermacam-macam kembarlah, berkumpul di Twinsburg setiap tahun. Twinsburg adalah nama yang diambil selepas sepasang kembar identik bernama Moses dan Aaron Wilcox pada tahun 1819 mengwakafkan 6 hektar tanah mereka untuk lapangan umum bandar jika warga sepakat untuk menukar nama kota tersebut menjadi Twinsburg. Oleh kerana, bandar Millsville pun namanya diubah menjadi Twinsburg.


Moses dan Aaron Wilcox dikenal sangat serupa dan hanya teman-teman terdekat mereka saja yang boleh membezakan mereka. Mereka juga telah menjadi rakan kongsi perniagaan seumur hidup, menguruskan harta yang sama, menikahi sepasang wanita kembar, mempunyai jumlah anak yang sama, terjangkit penyakit fatal yang sama dan meninggal bersama. Mereka kemudian dikebumikan di makam yang sama di Twinsburg yang terletak di Locust Grove Cemetery














1 comments:

Nuffnang Ads

Followers