NAMA kopi luwak dari Indonesia semakin popular sejak beberapa kebelakangan ini.
Dipetik NG, meskipun diketahui ia berasal dari najis cernaan musang
yang memakan biji kopi, tetapi perkara itu tidak mematahkan keinginan
pencinta kopi untuk menikmatinya.
Pengarah Anti Perdagangan Haiwan Liar, Chris Shepherd melaporkan, ramai
pengeluar kopi itu menangkap musang liar lalu memaksa haiwan itu
memakan biji kopi.
“Beberapa spesies musang mulai pupus kerana kehilangan habitat akibat sering diburu,” katanya.
Menurutnya, dalam tinjauan antara 2010 hingga 2012, sebanyak 30 ekor
musang spesies, Viverricula Indica, Paradoxurus Hermaphroditus dan
Arctogalidia Trivirgata dikomersialkan.
“Walaupun ketiga-tiga spesies itu bukan berstatus haiwan terancam,
namun kesan jangka panjang boleh mendorong kepada situasi itu,” katanya.
Sementara itu, Specialty Coffee Association of America mendedahkan, kopi luwak palsu semakin berleluasa di pasaran.
“Kami mengenal pasti kepalsuan kopi itu dari rasanya yang kurang enak,” menurut jurucakap pertubuhan itu.
Kopi luwak adalah kopi paling mahal dengan harganya mampu mencecah AS$ 280 (RM850) bagi 0.45 kilogram.
Sunday, 12 May 2013
Filled Under:
fakta dan info
Kopi Luwak Kopi Termahal Didunia Berharga AS$ 280 (RM850)
Posted By:
zamri spoon
on 17:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kopi luwak Producers say that the coffee beans process may improve coffee through two mechanisms, selection and digestion.
ReplyDeleteKopi Luwak
Thanks
Finn Felton