Sunday 12 May 2013

Filled Under:

London Dilanda musibah Ulat bulu ancam pokok Oak


London: Saintis kini bertungkus-lumus untuk menyekat kebanjiran ulat bulu beracun daripada mengancam ribuan pokok oak.

Cubaan untuk membunuh ulat bulu itu - yang disahkan berbahaya kepada manusia - setakat ini gagal, memaksa pakar meneliti semula strategi mereka untuk menghalang ia terus membiak. Larva ulat bulu itu sudah memusnahkan banyak pokok di sekitar London sejak bulan lalu selepas ia masuk ke Britain melalui pokok diimport dari Eropah. Ulat bulu itu memenuhi pokok oak dengan sarang sehingga menyebabkan tumbuhan itu menderita sebelum akhirnya mati.




Pokok yang ‘dijajah’ ulat bulu itu juga dipenuhi dengan bulu berbahaya yang boleh menyebabkan gangguan pada mata serta kulit.

Semalam, saintis mengakui mereka mungkin tidak mampu menghapuskan ulat bulu berkenaan.
Sebaliknya, kata mereka, cara yang terbaik dapat dilakukan ialah “memperlahankan pembiakan” ulat itu dengan mengawal kawasan yang sudah dijangkiti.

Larva ulat bulu itu dikesan di seluruh London sejak minggu lalu. Dipercayai ulat bulu itu tiba di barat daya London melalui pokok oak diimport dari Itali pada 2006.
sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers