Wednesday, 15 May 2013

Filled Under:

Pelik ! Api Ini Menyala didalam Air Terjun


Terselit di dalam kawasan Chestnut Ridge Park, New York, terdapat sebuah air terjun kecil yang disebut Eternal Flame Falls (atau Air Terjun Api Abadi).

Air terjun ini disebut demikian kerana adanya fenomena yang mencetuskan kebocoran gas alam di bawah air terjun. Api ini sebetulnya tidak benar-benar "abadi" dalam erti itu akan padam sesekali jika tidak dinyalakan lagi.


Ketika api mati, seseorang yang melawat air terjun itu akan menyalakannya kembali. Chestnut Ridge Park mempunyai luas sekitar 1.213 hektar yang biasa digunakan untuk hiking, berbasikal, jalan kaki, gelanggang tenis, dan kemudahan berkelah dan tempat perlindungan.


 

Walaupun terletak di dalam taman, air terjun ini jauh dari keramaian, dan boleh terus diakses dari tepi selatan taman. Apabila anda mendekati air terjun, akan tercium bau busuk yang langsung menyegat di hidung.


 

Aroma tak sedap itu berasal dari gas alam yang bocor di lapisan pinggir air terjun. Hal ini terjadi kerana gas yang dihasilkan selama dekomposisi organik dalam deposit batu berada di bawah tekanan dan terdorong keluar melalui celah-celah dan lapisan longgar dalam susunan batu.



 

Salah satu celah besar yang terletak betul-betul di dalam air terjun - di dalam sebuah gua kecil yang terlindung dari rembesan air dan angin - membolehkan api terus menyala apabila dinyalakan.

Ada beberapa tempat kebocoran gas lain di sekitar air terjun, salah satu di antaranya terletak di bawah kolam - di bawah air terjun - yang sepintas kelihatan seperti gelembung-gelembung yang naik dari batuan dasar di bawahnya.sumber




1 comments:

Nuffnang Ads

Followers