Hospitalis adalah sebuah cafe yang direka mirip hospital di Riga, Lativia. Pelanggan cafe ini menikmati pesanan mereka di atas meja pembedahan yang disajikan lengkap dengan peralatan perubatan yang lain. Sementara itu, para pelayan yang berpakaian nurse sudah menunggu mereka untuk menyajikan pesanan tersebut.
Di dinding, terlihat rontgen yang menggantung dan skrin yang memainkan video klip tentang perubatan dari pelbagai filem popular. Semua hidangan disajikan dengan peralatan bedah, sedangkan minuman disajikan dalam tabung uji, botol dan beg IV
Sudu dan garpu bahkan diganti dengan jarum suntik dan pisau bedah. Hospitalis juga mempunyai "menu gila" dengan makanan pembuka selera seperti hati yang disusun sedemikian rupa sehingga menyerupai bahagian tubuh manusia.
Untuk membuat sesi makan malam lebih mencabar, pelanggan boleh meminta pelayan menyuapi mereka seperti seorang pesakit gila yang dipasangi straight jacket.
Pelanggan yang merasa tidak kuat berada di ruang makan bertema tempat pembedahan boleh pindah ke ruang doktor gigi. Mereka boleh menikmati makanan mereka sambil duduk di kerusi doktor gigi. Jika doktor gigi juga membuat pelanggan takut, mereka boleh menikmati makanan mereka dengan duduk di ruang ujian doktor kandungan.
Malangnya, cafe Hospitalis yang sangat eksentrik ini tidak lulus uji standard kebersihan sehingga harus ditutup.sumber
Tuesday, 21 May 2013
Filled Under:
unik dan aneh
Pelik ! Cafe Unik Bertemakan Hospital ( pelik sangat nie)
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment