Friday, 10 May 2013

Filled Under:

Pelik ! Perkhawinan Berkonsepkan Filem Star Wars

 Star Wars Day yang berlangsung pada 4 Mei lalu jadi hari bersejarah untuk pasangan asal Kanada ini. Keduanya menggelarkan perkhawinan bertema Star Wars dan berpakaian mirip perlakon di filem tersebut.

Pasangan bernama Chris dan Janice Bold ini memang penggemar k filem Star Wars. Makanya mereka sengaja menggelar pernikahan pada 4 Mei yang sering disebut sebagai hari  peminat filem garapan George Lucas itu.

Seperti dilaporkan akhbar tempatan The Province, perkahwinan bertema Star Wars itu digelar di Vancouver. Si penggantin wanita Janice berpakaian memakai cape berwarna putih ala-ala Puteri Leia dan pengantin lelaki, Chris, menjadi stormtrooper.

Bukan hanya kedua penggantin, pengisi acara seperti gadis pembawa bunga, mengimbangi dirinya menjadi Puteri Leia kecil. Pemimpin upacara perkahwinan tersebut tak mahu kalah tampil bersesuai dengan tema. Dia mengenakan jubah si Jedi. Darth Vadder dan Chewbacca juga hadir sebagai kostum yang dipakai penggapit penggantin lelaki. Kostum yang dipakai mereka semua sangat mirip seperti dalam filem.

Pelbagai hiasan berbau Star Wars juga menghiasi tempat perkahwinan. Kedua penggantin menghadirkan patung Yoda, Wicket the Ewok dan Boba Fett. Chris dan Janice mengucapkan janji pernikahan mereka di depan foto raksasa robot R2D2 dan C3PO.

Perkahwinan bertema Star Wars ini tentunya bukan yang pertama. Pasangan asal Australia bernama Nadia dan Dale pernah melakukan hal sama pada 15 Ogos 2010. Saat perkhawinan Nadia menjadi Puteri Leia dan Dale mengenakan kostum Jedi. Orang-orang berkostum stormtrooper mengawal upacara pernikahan mereka.











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers