Wanita ini berasal dari Tunisia mengaku sedang mengandung 12 bayi. Wanita
yang enggan disebutkan namanya itu mengungkapkan kehamilan ini sangat
menggembirakan kerana sebelumnya sang wanita mengalami dua kali
keguguran. Ia dan suaminya berharap mempunyai enam anak laki-laki dan enam anak perempuan. Saat ini wanita tersebut diperkirakan sedang hamil sembilan bulan dan dalam masa menunggu melahirkan.
Namun, para pakar kesihatan mengkritik keras apa dialami wanita ini. Mereka menuduh doktor yang merawat pasangan itu mempertaruhkan kesihatan serta kehidupan ibu dan bayi yang dikandung. Tidak
diketahui rawatan kesuburan apa yang mereka lakukan, tapi sang suami,
bernama Marwan, mengungkapkan kalau mereka mengharapkan anak kembar.
Sang ibu mengungkap ingin segera memeluk bayi kembarnya dan ingin melahirkan secara normal. Tetapi menurut para ahli kandungan itu tidak mungkin. Marwan,
yang mengajar di sebuah sekolah di Gafsa, bahagian barat Tunis,
mengatakan kehamilan 12 bayi ini adalah sebuah keajaiban.
"Awalnya
aku berfikir bahawa isteriku akan melahirkan kembar dua. Tetapi
dijumpai lebih banyak janin," kata Marwan seperti dikutip dari
Telegraph.co.uk. Keadaan tersebut menurut Simon Fisher, pakar kesuburan dari University of Oxford, sangat menakutkan. Dia
mengatakan kehamilan tersebut boleh berlaku kerana pasangan mengabaikan
nasihat dari doktor dengan melakukan hubungan seksual selama rawatan.
"Peluang
untuk janin bertahan hidup sangat kecil. Mungkin beberapa dari janin
akan hidup tanpa masalah kesihatan tetapi risiko mereka mengalami
masalah kesihatan yang serius juga sangat besar," kata Fisher. Keadaan
ini juga sebelumnya dialami oleh seorang wanita asal Amerika Syarikat,
Nadia Sulaeman, tetapi jumlah bayinya tidak sebanyak wanita asal Tunisia
tersebut. Pada Januari 2010, ia berjaya melahirkan lapan bayi hasil IVF (persenyawaanbuatan).
Lalu pada Mei lalu, wanita Inggeris, Nuala Conway, melahirkan enam bayi kembar. Satu daripada empat kanak-kanak perempuan dan dua anak lelakinya meninggal bulan lalu. Pada 1996, wanita Inggeris yang lain, Mandy Allwood, juga hamil kembar lapan setelah mengambil ubat kesuburan.
Mandy ditawarkan untuk menggugurkan beberapa janin demi memberi kesempatan bertahan hidup janin lain, tapi ia menolak. Akibatnya
bayi kembar lapan, enam anak laki-laki dan dua perempuan, dilahirkan
selama tiga hari dan semuanya meninggal hanya dalam masa satu jam.
Thursday, 9 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment