Militan al-Qaeda yang ditangkap di Arab Saudi dikatakan tidak berdepan suasana penjara seperti di kebanyakan penjara lain.
Mereka sebaliknya, diberi peluang menjalani pemulihan di sebuah pusat
'pemulihan mewah' yang jarang dirasai oleh tahanan lain.
Pihak berkuasa Saudi berharap, suasana mewah pusat tahanan itu dapat
menarik militan al-Qaeda kembali ke pangkal jalan melalui kaunseling,
rawatan spa serta riadah.
Agensi berita tempatan melaporkan, pusat tahanan itu dibina lengkap
dengan kemudahan kolam renang tertutup bersaiz Olimpik, sauna, gimnasium
dan dewan menonton televisyen.sumber
Tahanan berkelakuan baik mungkin diberi cuti dua hari untuk bertemu keluarga di sebuah suite khas di dalam kompleks berkenaan.
Pengarahnya, Said al-Bishi berkata, pusat tahanan terbaru di Riyadh itu
akan menempatkan tahanan yang mempunyai cita rasa mewah sebagai galakan
supaya lebih bersederhana dalam memahami agama.
"Banduan terbabit dikehendaki menghadiri kaunseling mengenai Islam
untuk mendidik mereka memperbetulkan salah faham yang dilakukan melalui
jihad," katanya.
Menurutnya, dalam usaha memerangi keganasan, mereka perlu diberi
keseimbangan intelektual dan psikologi. Tetapi, tidak semua tahanan
bersedia menerima pendidikan di sini.
"Kira-kira 10 peratus banduan melalui program di sini kembali ke
kumpulan militan masing-masing. Ada beberapa individu berprofil tinggi
menjadi lebih ganas,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini seramai 2,336 tahanan al-Qaeda menjalani rawatan di situ. -sumber
Monday, 13 May 2013
Filled Under:
unik dan pelik
Penjara Di Arab Saudi Penjara Termewah Didunia
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment