Thursday, 9 May 2013
Filled Under:
unik dan aneh
Taman Paling Berbahaya di Dunia
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Bayangkan anda berada dalam sebuah taman luas, yang mengandungi banyak tanaman beraneka warna yang jarang ditemui. uittt, tapi jangan sembarangan memegang, boleh jadi semua tanaman ini beracun. Hii!
Taman Beracun Alnwinck adalah sebuah taman tak biasa yang ada di Inggeris. Taman ini menyimpan banyak tanaman unik, namun berbahaya. Ya, hampir seluruh tanaman di taman ini mengeluarkan racun yang berbahaya.
Langsung saja datang ke Istana Alnwick di Northumberland, Inggeris. Tapi tunggu dulu, kerana istana ini dimiliki oleh salah seorang bangsawan Inggeris, jadi pelancong tidak boleh berkunjung sembarangan.
Pelancong yang ingin datang perlu membuat perjanjian terlebih dahulu di laman web rasmi Taman Beracun Alnwick. Nantinya, pengunjung diminta memasukkan tarikh kunjungan untuk selanjutnya di proses perizinannya, seperti yang ditulis laman rasmi Taman Alnwick.sumber
Seolah ingin menunjukkan betapa mematikannya taman ini, warna seram tak hanya menyelimuti bahagian dalam taman, tetapi juga laman web rasminya. Tulisan "Are you ready to enter The Poison Garden?" menyambut setiap tetamu yang berkunjung ke website Taman Alnwick. Anda pun diminta klik "Yes start my deadly adventure" atau "Ya mulai pengembaraan mematikan saya".
Selepas berjaya mendapat tiket masuk, kini saatnya memulakan pengembaraan mematikan anda yang sesungguhya. Setiap pengunjung yang datang langsung dihadapkan dengan sebuah gerbang raksasa yang dihias dengan lambang tengkorak, lengkap dengan tulisan "The Poison Garden".
Pelancong pun langsung disambut oleh pemandu pelancong yang ramah. Nantinya, pemandu akan mengajak anda berkeliling, untuk mengenal taman yang dikenali beracun ini.
Masuk ke dalam taman, beratus-ratus tanaman cantik dengan warna yang pelbagai langsung menyambut pelancong yang datang. Tapi ingat, jangan sembarang memegang, perhatikan papan tanda yang diletakkan di setiap tanaman. Jangan pernah memegang jika papan menuliskan kata-kata "Tanaman ini boleh membunuh anda".
Benar sekali, Taman Beracun Alnwick memang menyimpan ratusan tanaman yang beracun, bahkan mematikan. Betapa tidak? Taman ini mempunyai koleksi kira-kira 100 jenis tanaman narkotika haram, seperti bunga popi.
Ngeri? Mungkin itu yang muncul di benak setiap pengunjung. Tapi tidak perlu kuatir, kerana untuk tanaman khusus yang dianggap sangat toksik dipagari. Ini untuk mengelakkan pelancong keracunan bahan berbahaya.
Ternyata, Taman Beracun Alnwick tidak hanya mempamerkan aneka tanaman berbahaya, tetapi juga memberikan edukasi untuk pengunjungnya. Pemandu yang menemani pelancong, tidak hanya memberika maklumat mengenai taman, tetapi juga cara pencegahan penyalahgunaan dadah.
Ada satu perkara yang perlu anda tahu sebelum berkunjung ke taman mematikan ini. Jangan pernah menyentuh, menghidu atau bahkan memotong tanaman, kerana anda tidak pernah tahu, seberapa mematikan tanaman di depan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment