Saturday, 25 May 2013

Filled Under:

Unik ! Taman Syurga Bunga Hanya di Jepun

Hitachi Seaside Park, yang terletak di Hitachinaka, Wilayah Ibaraki, adalah sebuah taman bunga dan destinasi pelancongan yang cukup popular di Jepun.

Taman seluas 3.5 hektar itu dihiasi bunga-bunga cantik yang tumbuh sepanjang tahun. Setiap musim, para pelancong boleh mencari pelbagai pelbagai bunga bermekaran di atas "Miharashi No Oka", bukit yang memberi panorama Lautan Pasifik.

Taman ini sangat terkenal dengan nemophilas birunya. Nemophilas adalah bunga yang tumbuh sepanjang tahun di Jepun, yang mempunyai kelopak biru telus. Selama musim semi, lebih dari 4.5 juta nemophilas biru mekar di seluruh taman. Tempoh mekarnya nemophilas disebut "Nemophilia Harmony" yang menarik ramai pengunjung untuk datang dan mengabadikan momen tersebut.

Selain nemophilas, taman ini juga mempunyai kira-kira satu juta bunga bakung yang mekar di tengah-tengah pokok-pokok pain. Terdapat pula kira-kira 170 jenis tulip dan bunga lain. Sebagaimana dilansir Amusingplanet, Hitachi Seaside Park adalah sebuah destinasi menakjubkan yang wajib dikunjungi oleh sesiapa yang bercuti ke Jepun.sumber











1 comments:

Nuffnang Ads

Followers