IPOH – Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di
sini semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 50
tahun di kliniknya dua minggu lalu.
Tertuduh, Dr. T. A. Alagaratham Sivarajah, 63, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas ahli perniagaan wanita itu sewaktu mangsa berada di Poliklinik Simpang Pulai, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 22 Mei lalu.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap mangsa dengan niat mencabul wanita itu.
Semasa kejadian Alagaratham yang berada di dalam bilik rawat bersama mangsa dituduh memeluk pinggang, mencium bibir dan menyelak baju mangsa sehingga menampakkan pakaian dalam.
Sebelum itu, ahli perniagaan itu sedang menguruskan beberapa pekerja asing untuk menjalani pemeriksaan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di klinik milik Alagaratham.
Wanita itu menceritakan kepada suaminya mengenai kejadian itu lima hari kemudian sebelum membuat laporan polis.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 comments:
Post a Comment