Friday, 7 June 2013

Filled Under:

Pelik ! Demonstrasi Jalanan Dedah Pay-udara di Tunisia.



Seorang aktivis Tunisia bersama tiga perempuan Eropah yang menggelar protes Dedah payudara, Khamis (30/5) diadili atas tuduhan pemilikan penyembur lada.


Protes Dedah Payudara seperti ini adalah yang pertama kalinya dilakukan di dunia Arab dan mencipta kegemparan bagi beberapa kalangan Tunisia, negeri yang setelah revolusi ditandai dengan muncul dan menguatnya kelompok-kelompok Islam garis keras.

Semburan Lada
Di Kairouan, 150 kilometer selatan ibu negara Tunis, Amina Sboui, yang dikenali dengan nama samaran Tyler dengan mengenakan pakaian tradisional Tunisia safsari, dibawa ke hadapan mahkamah.
Ia ditangkap 19 Mei lalu setelah melukis kata Femen di sebuah tembok di ibu negara agama Tunisia, di mana kumpulan radikal Salafi merancang menggelar kongres haram. Di hadapan hakim ia mengaku membawa semburan lada selama dua bulan, untuk pertahanan diri.
Peguamnya Souheib Bahri mengaku yakin, anak guamnya hanya akan dihukum penjara maksimum enam bulan dengan tuduhan pemilikan alat penyembur lada yang biasa dipakai untuk perlindungan diri perempuan.


Kumpulan Islam Marah
Amina Sboui memunculkan skandal sekaligus gelombang sokongan di internet di Tunisia yang dikenal mempunyai masyarakat yang konservatif, setelah memposting gambar-gambar dirinya yang mendedahkan payudara di jejaring sosial  Facebook .
Aksi ini dilaporkan telah menyebabkan munculnya ancaman pembunuhan dari kelompok Islam garis keras, yang puluhan diantaranya menggelar protes di luar mahkamah hari Khamis, sambil melaungkan "Allahu Akbar" dan "Rakyat ingin syariat Islam ditegakkan".
Ayah Amina yakni Mounir Sboui, sebelum mahkamah bermula mengatakan bahawa ia bangga atas komitmen ideologi anak perempuannya, meski menggambarkan aksi anaknya itu sebagai tindakan berlebihan.

"Saya bangga atas anak perempuan saya. Kes ini semakin lama semakin dipolitikkan. Aksi-aksi dia berlebihan tapi itu dilakukan untuk membela gagasan-gagasannya, "kata dia.

Keluarga menggambarkan Amina sebagai seseorang yang mengalami kemurungan kronik dan punya kecenderungan bunuh diri, dan untuk masa yang lama mereka mencegahnya membuat perjalanan, dengan alasan keselamatannya terancam.

Tapi perempuan muda itu menuduh kerabatnya memenjarakan dan memukul dirinya, hingga ia melarikan diri pada April lalu.

Sejak itu Amina sering muncul di muka umum, meski tidak pernah mendedahkan payudara.

Main Jarum Jam
Gerakan  Femen , ditubuhkan di Ukraine dan kini berpusat di Paris, telah merebak sejak 2010, di mana para feminis di seluruh dunia menggelar aksi telanjang sebagai protes untuk isu-isu yang luas bermula dari kekerasan atas perempuan hingga kediktaturan.

Tunisia yang kini dikuasai kumpulan Islamis daripada parti Ennahda, dikenali sebagai negara yang mempunyai undang-undang paling liberal di dunia Arab dalam urusan perempuan, meski kesaksamaan gender belum masuk dalam perlembagaan baru mereka.
Kumpulan sekular dan feminis sering menuduh Ennahda ingin memutar jarum jam dalam isu hak-hak perempuan.

'Tahun lalu, sebuah usaha yang dilakukan Ennahda untuk memperkenalkan konsep jantina "pelengkap" sebagai ganti kesamarataan ke dalam perlembagaan telah menimbulkan kecaman. Usaha parti Islam itu akhirnya gagal.

Edisi terbaru dari cadangan naskah yang disusun April menyatakan bahawa "semua warga negara laki-laki dan perempuan mempunyai hak dan tugas yang sama".

p/s; artikel ini telah di translitkan  ke bahasa melayu . penulis tidak mengubah mana mana perkataan kerana dikhuatiri lari dari fakta yang disiarkan oleh dailymail.com




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers