Anda tahu berapa banyaknya suku yang ada di Indonesia melahirkan banyak kebudayaan yang beraneka ragam dan unik. Ni dia suku kaum Toraja adalah salah satu suku yang mempunyai adat unik dalam menghormati adat tradisi moyang mereka . Suku Toraja mempunyai upacara peringatan kematian dengan bayaran termahal dan terunik di Indonesia. Upacara pengebumian di daerah yang terkenal dengan tradisi ini boleh mencapai ratusan juta rupiah. Cara pekuburannya pun cukup unik, dimana mayat dikuburkan di dinding bukit berbatu kerana di anggap syurga pada si mati..
Di Kabupaten Toraja Utara, Sulawesi Selatan, setiap 3 tahun sekali masyarakat yang bermukim di sekitar pegunungan Sesean, menggelar proses adat mengganti pakaian mayat yang hampir reput yang disemadikan di dalam keranda tempat pekuburan patane. Proses adat ini disebut Ma'nene.
Tradisi Ma'nene atau mengganti pakaian mayat sebutan masyarakat Toraja, diawali dengan berkunjung ke lokasi pekuburan nenek moyang mereka yang dinamakan patane di Desa atau Lembang Paton, Kecamatan Sariale, yang jaraknya berkisar 28 kilometer dari Rantepao, ibu kota Kabupaten Toraja Utara. Di Patene, mayat moyang mereka yang telah berumur beratus-ratus tahun tersimpan dalam keadaan baik, kerana sebelumnya diberi bahan pengawet.
Proses Ma'nene dilakukan pihak keluarga dengan membersihkan mayat nenek moyang mereka yang telah berusia beratus-ratus tahun, dengan membuka pakaian lama yang digunakan. Lalu seluruh badan mayat dibersihkan dengan menggunakan berus. Selepas pembersihan itu, mayat tersebut kemudian dipakaikan dengan pakaian baru. Bagi mayat lelaki memakai kot lengkap dengan kaca mata.
Sebelum membuka pintu keranda patane dan mengangkat keranda untuk di bersihkan, pawang yang menguruskan tradisi adat dengan sebutan Ne 'Tomina Lumba, terlebih dahulu membacakan doa dalam Bahasa Toraja kuno, memohon izin kepada penjaga kubur agar masyarakat mendapat rahmat keberkatan setiap musim tanam hingga tuaian berlimpah.sumber
jom layan foto-foto menarik di bawah ini;
sumber
Wednesday, 5 June 2013
Filled Under:
Dunia Misteri
Tradisi Pelik Tukar Pakaian Mayat Berusia Ratusan Tahun
Posted By:
zamri spoon
on 23:55
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment