Tuesday, 23 July 2013
Filled Under:
Dunia Misteri
6 Kawasan Perkuburan Paling Aneh Di Indonesia
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
1.Makam Dayak Benuaq - Kalimantan Timur
Berkunjung ke kampung suku dayak Benuaq ataupun suku dayak Bentian di pedalaman Kalimantan Timur. Kuburan akan mudah ditemui di laman samping atau tepi jalan menuju kampung orang Dayak Benuaq.
Kubur orang Benuaq atau Bentian tidak didalam taah seperti layaknya suku lain.Ketika pertama meninggal mereka akan dikebumikan didalam kotak yang di sangga oleh tiang atau di gantung pada tali.
Kemudian selepas beberapa tahun kubur itu dibuka lagi lalu tulang belulang si mati di doakan lalu di masukan kedalam kotak bertiang yang permanent.
Biasanya tiap keluarga mempunyai kubur masing-masing dan kebanyakan terletak berhampiran rumah keluarga, tidak di tanah pekuburan umumnya seperti kebanyakan di bandar atau kampung lain. Hampir tiap malam terdengar muzik pemanggil arwah orang yang sedang mengadakan upacara Beliatn tarian dan mentera penyembuhan untuk anak ataupun untuk mendoakan orang meninggal.
2.Batu lemo - Tana Toraja
Tempat pekuburan atau persemayaman jenazah berbentuk lubang-lubang pada dinding batu. Tempat ini merupakan hasil ciptaan manusia Toraja yang luar biasa. Bagaimana pun, persemayaman yang telah ada sejak abad ke-16 itu dibuat dengan cara memahat.
Saat itu, tentu dengan peralatan yang sangat sederhana. Lemo terletak di desa Lemo. Kira-kira 12 kilometer sebelah selatan Rantepao atau enam kilometer sebelah utara Makale.
Dinamakan Lemo kerana beberapa model liang batu itu berbentuk bulat dan berbintik-bintik menyerupai buah oren atau limau. Kubur-kubur batu itu disebut juga sebagai liang paa '.
Ada 75 lubang pada dinding batu. Beberapa di antaranya mempunyai patung-patung berjajar yang disebut tau-tau. Patung-patung itu adalah lambang kedudukan sosial, status, dan peranan mereka semasa hidup sebagai bangsawan setempat.
Objek ini ramai dikunjungi sejak tahun 1960. Selain menyaksikan kuburan batu, pelancong juga boleh membeli pelbagai sovenir atau berjalan jalan sekitar objek tersebut menyaksikan buah buah pangi yang ranum kecoklatan. Buah-buah itu siap dipetik dan dimakan sebagai makanan khas suku Toraja yang di sebut pantollo pamarrasan.
3.Kuburan bayi kambira - Tana Toraja
Di Kambira masih di wilayah Tana Toraja ada kuburan bayi, berupa pohon besar yang dilubangi, jenazah si bayi setelah dibalsem dan dibungkus, lalu dimasukkan ke dalamnya dan lobang ditutup dengan anyaman ijuk.
4.Batu Karang Terjal Londa - Tana Toraja
Kubur sisi batu karang terjal adalah salah satu sisi dari kubur itu berada di ketinggian dari bukit mempunyai gua yang dalam dimana peti-peti mayat di atur dan di kelompokkan berdasarkan garis keluarga. Disisi lain dari berpuluh-puluh tau-tau berdiri secara khidmat di balkoni.
5.Trunyan - Bali
Trunyan juga suku kaum tidak menanam mayat , namun di di desa ini mayatnya tidak dibakar. Di sini mayat mereka dibiarkan begitu saja di sebuah kawasan hutan. Anehnya, mayat itu tidak akan mengeluarkan bau busuk walaupun sudah disana selama berbulan-bulan.
Mengapa mayat yang bergemlimpanggan begitu saja di semak itu tidak menimbulkan bau? Padahal secara normal, tetap terjadi penguraian atas mayat-mayat tersebut? Hal inilah yang menjadi daya tarik para pelancong untuk melawat lokasi pelancongan ini.
Nah, konon sebabnya, di kawasan hutan tersebut terdapat sebuah pohon yang dikenali bernama Taru Menyan yang boleh mengeluarkan bau harum dan mampu meneutralkan bau busuk mayat. Taru bererti pohon, sedang Menyan bermakna harum. Pohon Taru Menyan ini, hanya tumbuh di daerah ini. Jadilah Tarumenyan yang kemudian lebih dikenal sebagai Trunyan yang diyakini sebagai asal usul nama kampung tersebut.
6.Makam Raja-raja Imogiri - Yogyakarta
Sebagaimana masyarakat Bali umumnya, Warga Desa Dibina sekitar tahun 1632 oleh Sultan Agung, raja Mataram Islam terbesar, bangunan makam lebih bercorak bangunan Hindu.
Pintu gerbang makam dibuat dari susunan batu bata merah tanpa simen yang berbentuk candi Bentar. Memasuki makam raja-raja Mataram jelas tidak sama dengan memasuki pemakaman umum. Untuk masuk ke makam Sultan Agung, maka selain harus mengenakan pakaian adat Jawa, kita harus melepas alas kaki, juga harus melalui tiga pintu gerbang.
Bahkan yang boleh langsung berziarah ke nisan para raja itu pun terhad kepada keluarga dekat raja atau masyarakat lain yang mendapat kebenaran khas dari pihak Kraton Yogyakarta dan Kraton Surakarta.
Oleh kerana itu, orang awam yang tidak mengenakan pakaian adat Jawa, terpaksa hanya boleh melihat pintu gerbang pertama yang dibuat dari kayu jati berukir dan bertuliskan huruf Jawa berusia ratusan tahun, dengan grendel dan gembok pintu kuno.
Hanya para juru kunci pengebumian itu yang boleh membuka pintu tersebut. Jika masyarakat awam boleh melihat "isi" di balik pintu gerbang pertama, itu pun ketika keluarga raja datang, pintu gerbang dibuka lebar, dan masyarakat boleh melongok sebentar sebelum gerbang itu ditutup. sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kat malaysia pula tak der ke?
ReplyDeleteApe maksud balsem. Kok loghatnya pekat indon sih? Kampanye gan jawo sih?
ReplyDelete