Wednesday, 10 July 2013

Filled Under:

Blood Lamp ! Lampu Yang Akan Menyala Bila Guna Darah Jer !

Pereka produk asal Amerika Syarikat, Mike Thompson, menciptakan Lampu Vampire. Layaknya vampire atau drakula, lampu ini hanya darah manusia untuk hidup atau menyala.

Sebuah bahan kimia yang ditanam di dalam sebuah tablet pada lampu itu yang menyebabkannya, dengan melepaskan tenaga yang dimilikinya. Pelepasan tenaga boleh berlaku apabila lampu mendapat bekalan darah. Ketika menyala, Lampu Vampire akan menghasilkan warna biru.


Thompsonberkata, tujuan pembuatan lampu bukan untuk mencari sensasi, melainkan menyedarkan pentingnya menjimatkan tenaga kepada umat manusia. Untuk membuat orang bertanya, bagaimana jika seseorang perlu membayar dengan dirinya demi mendapatkan kuasa.


Ia mengaku ingin memberitahu bahawa penggunaan tenaga terlalu besar akan membahayakan individu, sama halnya ketika manusia kehilangan banyak darah.





"Dengan mencipta lampu yang hanya boleh dipakai sekali, pengguna perlu berfikir semula bila-bila lampu paling diperlukan, memaksa mereka berfikir seberapa boros mereka dalam menggunakan tenaga dan betapa berharga tenaga itu," ujar Thompson dalam laman webnya.sumber







1 comments:

Nuffnang Ads

Followers