Thursday, 18 July 2013

Filled Under:

Ikan Bersaiz Kecil yang Paling Di Takuti Penduduk Brazil






Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan keli. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha atau pun ikan yang seangkatan dengan ikan piranha. 



  Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir  lutsinar, membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, berenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.
 

Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki kedalam ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati





 Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil



 Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang sambil berbogel ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar - dan mungkin ke dalam urethra).

 Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya seperti kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.




Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tumbuhan iaitu Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena atau lebih ringkas lagi di minum la .


 Kedua-dua tumbuhan ini akan mematikkan ikan tersebut. Dan juga dengan melalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan masa yang panjang. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan kejutan  dan kematian  sebelum Candiru dapat dibuang .sumber





1 comments:

Nuffnang Ads

Followers