Friday 19 July 2013

Filled Under:

Seorang Lagi Wartawan Dibunuh di Mexico

ANGGOTA polis menyiasat lokasi mayat Bello dan beberapa orang lelaki tidak dikenali yang ditemui 
di sebuah ladang jagung di La Humedad, bandar Oaxaca de Juarez, Mexico kelmarin. - AFP


 
BANDAR RAYA MEXICO - Sebuah akhbar di negeri selatan Mexico, Oaxaca menyatakan bahawa seorang wartawannya ditemui mati dibunuh.

Akhbar itu, El Imparcial mengutuk pembunuhan wartawan Alberto Lopez Bello, yang ditemui kelmarin bersama mayat beberapa lelaki tidak dikenali di sebuah ladang jagung di La Humedad, bandar Oaxaca de Juarez.

Dalam satu kenyataan di laman web El Imparcial, akhbar tersebut menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan memburu pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Pihak berkuasa mengesahkan telah menemui mayat Bello. Namun, mereka enggan memberitahu punca dan bagaimana dia dibunuh.

Kebanyakan bahagian di negeri Oaxaca kekal bebas daripada keganasan berkaitan dadah yang telah menjejaskan beberapa kawasan lain di Mexico.

Sejumlah wartawan turut menjadi sasaran dalam keganasan berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Mexico, sekurang-kurangnya 84 wartawan telah dibunuh di negara Amerika Tengah itu sejak tahun 2000. -SUMBER





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers