Friday, 9 August 2013

Filled Under:

Unik ! Spa Kecantikan Guna Lendir Siput Rawat Kulit Muka


TOKYO - Pengalaman merasai beberapa ekor siput hidup mengesot di muka bukan sesuatu yang menyeronokkan, namun sebuah syarikat di Jepun telah menyediakan perkhidmatan itu untuk rawatan kecantikan muka terkini.

Rawatan yang pertama kali dicipta itu diharapkan mendapat sambutan dan orang ramai sanggup membayar untuk merasai pengalaman tersebut.

Bermula hari ini, wanita yang mahu membuang sel kulit mati, membersihkan pori-pori muka dan meremajakan muka boleh mendapatkan terapi siput selama lima minit.

"Lendir daripada siput itu membantu menanggalkan sel-sel mati, menyembuhkan kulit selepas terkena sinaran matahari dan melembabkan semula kulit.

"Dengan cara ini anda akan menikmati intipati siput tulen 100 peratus secara langsung pada kulit," kata seorang jurucakap sebuah salon kecantikan, Ci:z.Labo di Tokyo, Manami Takamura.
Lendir siput itu dipercayai mempunyai kesan antipenuaan ke atas kulit manusia.

Selain itu, beberapa jenis kosmetik telah dijual dengan kandungan intipati siput escargot tersebut.
Kos untuk siput itu sahaja bernilai 10,500 yen (RM336), tidak termasuk caj rawatan.sumber

IMEJ menunjukkan tiga ekor siput sedang mengesot di muka seorang pelanggan di Jepun











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers