Friday, 20 September 2013

Filled Under:

Deejay Radio Parah Ditikam Penyamun

SAMEI diberi rawatan selepas parah akibat ditikam penyamun yang memecah masuk rumahnya di Sri Aman, Sarawak kelmarin

SRI AMAN – Seorang deejay sambilan sebuah stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang beroperasi di daerah ini cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun dekat Sri Jaya Park di sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan DJ Sam atau nama sebenarnya, Samei anak Epat, 31, yang bertugas di RaSA FM cedera di rusuk kanan dan perut akibat ditikam dengan pisau di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, dalam kejadian itu seorang suspek yang bersenjata pisau telah memecah masuk kediaman mangsa yang terletak di tingkat satu rumah flat tersebut.


Berikutan tahap kecederaan yang dialaminya parah, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati suspek hanya berjaya melarikan seunit telefon pintar jenis Galaxy Note dari rumah mangsa.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers