Sunday 8 September 2013

Filled Under:

Pelik ! Datuk Punyai 7 Anak Ingin Berkahwin Dengan Kambing


Aparecido Castaldo, seorang pesara pemecah batu dari Jundiai, Brazil, baru-baru ini menikahi Carmella, kambing peliharaannya.

Kerana tak ada pederi Kristian yang menyetujui hasratnya, Aparecido akan tetap melangsungkan majlis perkahwinannya di bawah pemberkatan seorang pemimpin Satan yang terkenal, di Gereja Iblis.

Perkahwinan aneh semacam ini telah banyak terjadi di masa lalu, namun orang-orang hanya melakukannya sebagai simbol. Namun, datuk berusia 74 tahun yang juga duda dengan tujuh anak, ini seolah-olah ingin benar-benar bersatu dengan Carmela, kambing kesayangannya.

Malangnya, tak satu pun dari gereja-gereja yang dihubunginya mahu menuruti permintaan luar biasanya itu. Sampai akhirnya, Aparecido menghubungi Toninho do Diabo (Tom Iblis), seorang teman lama yang kebetulan menjadi salah satu pemeluk satan paling terkenal di Brazil. Perkahwinan itu dijadualkan berlangsung pada tengah malam, pada 13 Oktober mendatang di Gereja Iblis, di Sao Paolo.

"Hanya gereja kami yang menerima cinta antara manusia dan haiwan. Sebab, kita tidak patut menghakimi," kata Toninho.

Aparecido jatuh cinta pada kambing peliharaannya sejak dua tahun lalu, dan rupa-rupanya Carmela sudah diterima sebagai "ibu tiri" oleh ketujuh anaknya, yang semuanya dipastikan akan hadir di pesta perkahwinannya kelak.



Walaupun perkahwinan Aparecido dan kambing peliharaannya telah banyak kontroversi di masyarakat, dan mencetuskan reaksi negatif dari para aktivis hak-hak binatang, dia hanya ingin memiliki teman hidup dan Carmela dianggap sebagai pasangan yang sempurna untuknya.

"Setiap kali seseorang mengatakan saya melakukan sesuatu yang salah, saya hanya mengatakan bahawa kambing tidak bercakap, tidak meminta wang untuk pergi membeli-belah dan tidak boleh hamil," kata Aparecido, seperti disiarkan Odditycentral.




3 comments:

Nuffnang Ads

Followers