Thursday, 3 October 2013
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri ! Tasik Berpuaka di Afrika Mampu Jadikan Haiwan Keras Mcm Batu
Posted By:
zamri spoon
on 12:00
Tidak semua tasik berisi air yang tenang, salah satunya sebuah tasik yang mempunyai mistik di Tanzania, Afrika Timur , air dalam tasik membunuh binatang yang yang tenggelam di dalamnya, menjadikannya batu.Aneh bukan ....
Dengan suhu yang boleh naik menjadi 60 darjah tidak kira waktu , Tasik Natron mempunyai kealkalian yang tinggi akibat pengumpulan abu gunung berapi dari lembah Great Rift .
Jurugambar Nick Brandt datang ke lokasi , mendokumentasikan bangkai burung dan haiwan kecil yang telah membatu kerana pengapuran , korban tasik yang mistik ini.
Dengan panasnya yang boleh mencapai suhu 60C dan pH yang tinggi , Tasik Natron di Tanzania bukanlah lokasi yang tepat untuk dijadikan tempat bercuti, apalagi didiami , baik manusia mahupun haiwan .
Keadaan lingkungannya yang ganas membuat tasik ini hanya didiami oleh satu jenis ikan, iaitu ikan jenis alkaline tilapia . Ada juga haiwan lain seperti burung yang cuba tinggal di kawasan tasik tersebut, tapi seringkali pantulan cahaya dari langit dari permukaan tasik membingungkan mereka , yang lalu terjatuh lemas dan mati. Bangkai -bangkai mereka yang terjatuh lalu berubah menjadi seperti batu kerana proses kalsiumisasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment