Sunday, 29 December 2013

Filled Under:

Universiti Al-Azhar Berusia Lebih 1,000 tahun di Bakar

 
KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.

Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.

Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut. 




Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.

Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.

Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers