Saturday 4 January 2014

Filled Under:

Body Kereta Ini 100 Peratus Diperbuat Dari Ais .


Musim sejuk di Kanada ternyata membuat manusia boleh menjadi lebih kreatif . Sebuah syarikat bernama IceCulture membuat reka bentuk kereta dengan melapisinya dengan ais untuk rangka mahupun bahagian dalamnya .


 Kereta yang digunakan yakni bermerk GMC Silverado 2005 . IceCulture  mengukir seluruh badan kereta sekaligus bahagian dalamnya dengan ais . Sekurang - kurangnya berat 5 tan ais untuk menyiapkan projek ini . Cara kerja pembuatan kereta ais ini sedikit rumit .

 Ais tersebut akan dipasang pada rangka keluli dan roda . Selain itu diletakkan juga kipas angin untuk mencegah udara dan asap ekzos mencairkan  bahagian badan kereta tersebut . Cabaran pertama kita adalah mengatasi bagaimana cara tidak tercampurnya ais dan logam saat proses pengaliran mesin , " ujar Heidi Bayley , manager IceCulture . " Ini adalah salah satu cabaran terbesar yang pernah kita lakukan . " Kereta sejuk ini juga menjadi sebuah ikon iklan TV untuk syarikat tayar Kanada .

 Mereka ingin menunjukkan bagaimana panasnya enjin kereta boleh bekerja sama dengan dinginnya ais . Yang menarik ternyata kereta ini juga boleh dipandu . Dalam sesi ujipandu , kereta boleh bergerak sejauh 4 kilometer dengan kelajuan 12 mph . IceCulture juga berharap kereta ais ini akan dapat meraih rekod dan tercatat di Guinness World Records Book .












0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers