Saturday, 18 January 2014

Filled Under:

Kedai Kit Kat Pertama di Dunia Dibuka di Jepun.

 Sebahagian besar dari kita memang gemar makan Kit Kat, wafer ranggup yang dibungkus coklat. Berkat kecerdikan 'jurutera rasa'  dari Jepun, Kit Kat boleh hadir dalam pelbagai rasa seperti oren, strawberi, dan teh hijau. 

Kit Kat Chocolatory (kedai Kit Kat) dibuka  setiap hari  di Seibu Department Store di Ikebukuro, Tokyo. Kedai itu terletak di ruang bawah tanah bersama dengan gerai makanan lain. Menurut Kotaku, kedai khusus itu hanya akan menjual produk Kit Kats dan akan bekerjasama dengan kedai Le Patissier Takagi untuk membangunkan Kit Kat baru yang ditujukan untuk orang dewasa dan mencipta rasa bermusim.

 Fashionsnap melaporkan bahawa penjualan rasa 'Sublime Bitter' terhad hingga 300 batang tiap hari. Satu batang dijual dengan harga ¥ 315 sementara satu kotak mengandungi sepuluh batang dijual pada harga ¥ 3.413. Ada 500 bar tersedia pada hari pembukaan, yang habis dijual dalam masa satu jam 40 minit.
 














0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers