Friday 10 January 2014

Filled Under:

Menakjubkan - Lempar Air Panas ke Udara Bertukar Menjadi Awan.


Sementara sebahagian besar wilayah Amerika Syarikat cuba untuk tetap hangat melalui Polar Vortex, seorang penduduk di Chicago (atau "Chiberia") memutuskan untuk bermain-main dengan perkara yang sedikit "ilmiah".

 Dua hari yang lalu, kerana suhu turun menjadi-14F atau  -25 celcius, Scott Harrison melemparkan sebaldi air panas ke udara. "Seorang rakannya mengatakan bahawa air panas berubah menjadi awan jika suhu udara cukup sejuk," dia memberitahu kami, "jadi saya memutuskan untuk mencuba sendiri. 

Setelah saya melihat kesannya, saya memutuskan untuk menangkap gambar perubahan air, kata Scott. "Menurut saintis dan penulis Dr Ainissa Ramirez, air panas membeku, atau perubahan dari cair ke padat, akan terjadi  bila  bertemu dengan udara sejuk. Sementara air mungkin kelihatan seperti kabus, tapi itu sebenarnya adalah kumpulan kristal ais kecil.






2 comments:

Nuffnang Ads

Followers