Sunday, 2 March 2014

Filled Under:

Wanita Barbie Hanya Hirup Udara Dan Cahaya Untuk Hidup.

 Model Ukraine Valeria Lukyanova yang mencipta kontroversi sebagai ' patung Barbie hidup ' mendakwa dia tidak lagi makan atau minum sebaliknya menggelar dirinya ' Breatharian ' yang hanya memerlukan udara .

Walaupun ada yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik selain menggunakan Photoshop untuk kelihatan seperti anak patung , namun mungkin juga susuk tubuhnya yang terlalu kurus adalah disebabkan tidak makan sehingga berminggu - minggu lamanya .

Model berusia 23 tahun itu mendakwa kini mengamalkan ' Breatharianism ' apabila melatih dirinya mendapat khasiat daripada cahaya dan udara .

" Malah sejak beberapa minggu ini saya tidak rasa lapar langsung dan berharap ini peringkat terakhir sebelum saya betul - betul mampu hidup hanya berbekalkan cahaya dan udara , " katanya .
foto

VALERIA yang terkenal sebagai patung Barbie hidup dikatakan tidak lagi makan atau minum .


Breatharianism adalah fahaman yang mempercayai makanan dan air tidak perlu untuk kehidupan , sebaliknya seseorang didakwa boleh hidup dengan menyerap ' makanan mikro - kosmik . '


Amalan itu dilihat berbahaya malah ada pengikutnya dilaporkan mati kelaparan .
Ini bukan kali pertama Valeria membuat kenyataan pelik .

Sebelum ini dia pernah mendakwa berasal dari planet lain , mungkin Zuhrah , namun mengakui dia sendiri tidak pasti planet asalnya .

Berikutan itu , Valeria mendakwa mampu bercakap dengan makhluk asing selain mampu mengembara merentasi masa .

Valeria yang menyasarkan untuk menjadi ' wanita paling sempurna di Internet ' juga mengaku mendapat rawatan pakar psikiatrik kerana sering mendengar suara halus .

Walaupun ada pengguna YouTube , Tumblr dan laman sosial , Valeria mendapat sokongan kuat suaminya yang juga bertindak sebagai pengurusnya . -myMetro








2 comments:

Nuffnang Ads

Followers