Sebuah kampung di Sao Paulo , Brazil , mempunyai penduduk unik . Kampung bernama Araras tersebut menjadi komuniti terbesar di dunia pesakit gangguan kulit yang jarang berlaku , xeroderma pigmentosum ( XP ) . Gangguan itu menyebabkan alergi terhadap sinar matahari .
Araras mempunyai jumlah pesakit XP hingga 20 orang diantara 800 jumlah penghuni kampung , yang ertinya ada satu pesakit diantara 40 orang . Perbandingan jumlah tersebut lebih tinggi dari Amerika Syarikat yang satu berbanding satu juta penduduk . Tingginya angka itu juga disebabkan kerana beberapa pesakit menurunkan penyakitnya pada anak mereka .
Orang
yang menderita XP terdedah terkena kanser kulit dan tidak boleh
menyembuhkan diri dari luka yang disebabkan sinar matahari . Kulit
mereka akan kemerahan , kasar dan tidak elok dipandang mata kerana
sensitif terhadap sinar UV . Penyakit ini semakin sukar dielakkan kerana
Brazil merupakan negara tropika dengan sinaran matahari yang terik .
Salah
satunya adalah Djalma Antonio Jardim sudah menderita XP selama bertahun
- tahun . Kerana pekerjaannya di ladang yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari membuat
penyakitnya makin buruk hingga memakan kulit bibir , hidung , pipi dan
matanya . Kini berusia 38 tahun , Jardim pertama menyedari gejala di
usia 9 tahun namun kurangnya pengetahuan akan XP membuatnya tidak
mendapat pengendalian sejak awal .
Penduduk
di Araras memang terlambat mendapat penyuluhan tentang XP yang juga
mempengaruhi fungsi organ tubuh lain . Lalu seorang guru , Gleice
Francisca Machado , di sana akhirnya mempelajari tentang XP dan mendidik
para warga terutama pencegahan di usia awal . Syukurlah , kini penduduk
Araras sudah lebih memahami tentang XP dan mula melakukan tindakan
preventif .
Kini para penduduk sudah memasang penghalang cahaya
matahari , memakai lengan panjang dan membuat perjalanan saat malam
berbanding siang . " Matahari adalah musuh besar kami dan membuat kami
beralih dari pagi ke malam untuk bekerja demi hidup lebih lama , " ucap
Gleice .
Wednesday, 21 May 2014
Filled Under:
Dunia Pelik
Kulit Penduduk Kampung di Brazil Seakan Terbakar Jika Terkena Sinaran Matahari.
Posted By:
zamri spoon
on 10:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment