Tuesday 22 July 2014

Filled Under:

Jom Kita Lihat Keindahan Ekpresi Haiwan Liar Yang Mempersonakan.


Pada artikel kali ini korang akan melihat keindahan foto wajah binatang yang tertuang dalam fotografi. Mungkin kita telah melihat pelbagai gambar binatang mengagumkan yang berada di alam bebas. Namun, jurugambar berasal dari Jerman Wolf Ademeit mempunyai konsep yang berbeza untuk menunjukkan pesona hidupan, iaitu dengan menangkap pelbagai ekspresi individual wajah hidupan di dalam zoo. Membuat foto wajah binatang, inilah yang dilakukan oleh Wolf Afemeit.

Lelaki kelahiran Jerman 1954 yang kini tinggal di Moers, Jerman ini menyebut dirinya adalah seorang hobbyist. Walaupun demikian ia juga mengendalikan studio foto dan biro iklan di Jerman. Media-media di Eropah menyebut dengan gelaran master animalist berkat karya-karyanya yang berbeza dan unik. Walaupun tidak seperti kebanyakan jurugambar wildlife yang mengambil gambar binatang di alam liar, Ademeit yang fokus pada hidupan yang berada di kebun binatang. Tidak hanya sekadar membuat foto dokumentasi, Ademeit mampu membuat sebuah fine art yang mengagumkan.

Dengan memberi tumpuan pada wajah, Ademeit mampu memaparkan emosi binatang dengan detail yang mengagumkan. Tekstur kulit dan bulu-bulu binatang mampu dilihat dengan cukup jelas pada foto-fotonya. Ademeit telah mempelajari bagaimana menangkap keindahan binatang selama lebih dari 30 tahun.

Melalui fotografi, Ademeit mengajak untuk memahami dan melihat bagaimana keindahan hidupan yang kini keberadaannya semakin terancam. Kecintaannya terhadap fotografi dan hidupan telah menghasilkan foto-foto yang mengagumkan.



















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers