Otot wajahnya juga turut membesar kerana ukuran lidahnya ini. Walaupun keadaan ini menyebabkan Youping merelakan gigi-giginya, kerana disebabkan kecacatan wajah yang parah.
Semenjak lahir bibir Youping memang telah mengalami pembengkakkan dan berwarna kehitaman serta telinga kirinya juga kelihatan menonjol.
Lidah dan wajah Youping semakin terlihat aneh ketika dia berusia enam tahun. Lalu di usia 13 tahun Youping merasa lidahnya semakin bertambah besar sehingga membuat dia tidak boleh menutup mulutnya.
Selain tidak boleh menutup mulutnya, lidah Youping yang mempunyai panjang 25 cm, lebar 10 cm dan ketebalan 7 cm juga membuat kesulitan untuk bercakap dengan jelas dan makan dengan normal.
Keadaan fizikal Youping yang menyedihkan itu juga berisiko membuat pembuluh darahnya pecah hingga boleh menyebabkan pendarahan fatal.
Selama bertahun-tahun Youping telah melawat pelbagai hospital terkenal baik di dalam mahupun di luar negeri. Namun pihak hospital selalu mengatakan keadaannya terlalu sukar untuk dirawat.
Sebuah hospital tentera bersedia untuk melakukan pembedahan terhadap Youping. Pihak hospital mengatakan, perlu masa tiga tahun dan lima kali pembedahan yang berbeza dalam kes Youping.
0 comments:
Post a Comment