Kumbang merupakan seranggga dengan penampilan yang menurut sebahagian manusia cenderung menggelikan. Kumbang yang satu ini kelihatan sangat cantik dengan tanduk yang dimilikinya.
Keluarga kumbang Phengodidae juga dikenali sebagai kumbang Glowworm. Kumbang Glowworm jantan mempunyai tanduk panjang dengan bulu halus di bahagian kepalanya. Kumbang ini lebih aktif di malam hari kerana sangat tertarik pada nyala lampu.
Kecantikan jenis kumbang ini tidak hanya dapat dilihat melalui tanduknya. Kumbang Glowworm betina ternyata boleh menghasilkan cahaya seperti kelip-kelip. Masyarakat menyebutnya sebagai "cacing kereta api" kerana tubuhnya mempunyai segmen seperti gerabak keretapi. Malangnya hanya kumbang betina saja yang boleh menghasilkan cahaya ini.
Kumbang Glowworm betina merupakan pemangsa yang memangsa kaki seribu dan antropoda (haiwan berbuku-buku) yang muncul di sampah atau tanah. Kumbang ini biasanya dijumpai di permukaan tanah dan cenderung muncul selepas hujan. Kumbang betina umumnya mempunyai saiz lebih besar daripada yang jantan.
Berbeza dengan betina, kumbang jantan tidak makan. Kumbang jantan mempunyai umur yang lebih pendek dari betinanya.
Sementara itu, kira-kira 250 spesies kumbang ini tersebar di The New World, termasuk Kanada dan Chile, Amerika. Sebahagian besar spesies hidup di sebelah selatan Rio Grande.
Monday, 15 September 2014
Filled Under:
Dunia Pelik
Phengodidae, Kumbang Aneh Punyai Tanduk Seperti Antena TV.
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment