Sunday 26 October 2014

Filled Under:

Menakjubkan! Air Terjun Yang Telah Mengeras Seperti Batu di Mexico.

 Hierve el Agua adalah sebuah air terjun yang terletak Mexico yang dari kejauhan kelihatan seperti telah mengeras atau membatu. Hierve el Agua terletak di sekitar 70 km sebelah timur bandar Oaxaca dan 14 km dari bandar Mitla.

 Hierve el Agua dalam bahasa Sepanyol bermaksud "Air mendidih". Nama itu diambil dari mata air belerang yang ditemui di sana dan mengalir mengisi kolam semula jadi di puncak air terjun. Jika dilihat dari kejauhan, Hierve el Agua akan kelihatan seperti air terjun beku yang berada di belakang gunung.

 Tapi bukan merupakan tumpukan ais kerana iklim di sana adalah panas. Penampilan itu ternyata disebabkan oleh lapisan air belerang yang melalui air terjun itu selama beratus-ratus tahun. Sehingga proses pembentukkan lapisan dinding air terjun itu sama dengan stalaktit pada gua.

 Hierve el Agua mempunyai dua air terjun yang berdiri di atas jurang setinggi 50 meter. Salah satu air terjun yang mempunyai tinggi 12 meter dan lebar di dasar 60 meter disebut cascada chica. Sementara yang besar bernama cascada grande dengan lebar 90 meter di dasar dan tinggi 80 meter.

 Airnya yang melintasi air terjun mengandungi kalsium karbonat yang menjadikan air terjun itu seperti batu. Dengan tingginya kandungan mineral yang berguna untuk kesihatan itu maka para pelancong rela datang  ke puncak Hierve el Agua. Air terjun yang paling sering dikunjungi adalah yang kecil yang juga biasa disebut Amphitheatre.
 
















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers