Monday 20 October 2014

Filled Under:

Ngeri! 4kg Gumpalan Rambut Ditemui Dalam Perut Perempuan Ini.



Ayperi Alekseeva, seorang gadis berusia 18 tahun mengalami sakit luar biasa pada perutnya. Gadis yang berasal dari Kyrgyzstan ini akhirnya menemui doktor untuk mengetahui apa yang salah di dalam perutnya. Pasukan doktor sangat terkejut apabila mendapati gumpalan besar di dalam perut Ayperi. Gadis itu akhirnya bercerita bahawa dia suka makan rambutnya sendiri dan benang karpet selama bertahun-tahun.

Akibat kebiasaan aneh itu, rambut yang dimakan Ayperi tetap bertahan di dalam perutnya kerana tidak boleh dicerna. Kerana kebiasaan itu sudah bertahun-tahun, akhirnya rambut membentuk gumpalan yang memenuhi perutnya dan menyebabkan tersumbat.

Doktor yang merawat mengatakan bahawa jika tidak segera diangkat melalui pembedahan, maka Ayperi boleh kehilangan nyawanya. Gumpalan yang sudah sangat besar itu membuat Ayperi tidak boleh makan dan minum, sehingga akan membuat dirinya mengalami malnutrisi, kekeringan dan kesan buruknya adalah kematian. Akhirnya Ayperi bersedia dilakukan pembedahan pada perutnya.



Pembedahan kecemasan ini akan dilakukan oleh pasukan doktor. Mereka berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ketika ditimbang beratnya mencapai 4 kilogram. Mengerikan memang, tetapi beruntung benda asing itu boleh akan diangkat sebelum menyebabkan hal buruk pada Ayperi.

"Orang bapanya membawa gadis itu kerana mengalami penurunan berat badan dan tidak boleh makan apa-apa," kata Bahadir Bebezov, doktor bedah senior dari hospital tempat Ayperi dirawat. "Keadaan perutnya sangat teruk dan bengkak akibat gumpalan rambut dan potongan bulu dari karpet yang sering dia makan," katanya lagi.

Pihak hospitalmengatakan bahawa selama 50 tahun terakhir, belum ada rekod perubatan yang mencatat penemuan gumpalan rambut sebesar itu di tubuh seseorang. Sekarang Ayperi masih dalam masa pemulihan dan dalam keadaan baik. Dia berjanji tidak akan makan rambut dan karpet lagi agar tidak mengalami kejadian yang sama.




1 comments:

  1. salam zamri...akak adalah admin blog akak dibalik pintu,utk makluman zamri akak dah jarang update blog tu,akak ada blog satu lagi..harap dapat senaraikan blog akak dalam bloglist Zamri

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers