Wednesday 26 November 2014

Filled Under:

Menakjubkan! Lelaki Terpendek dan Tertinggi di Dunia Ditemukan di London.

 Sultan ksen (31) dan Chandra Dangi (75) yang merupakan lelaki tertinggi dan terpendek di dunia akhirnya bertemu untuk pertama kalinya dalam acara Guinnes World Records Day dan perayaan 60 tahun Guinnes World Records Book pada hari Khamis di St Thomas 'hospital, London.

Sultan Kosen yang berasal dari Turki mempunyai tinggi badan 8 kaki 3 inci (251,46 cm), sementara Chandra Dangi yang berasal dari Nepal mempunyai tinggi badan 1 kaki 7 inci (48,26 cm). Dengan kata lain, Sultan mempunyai tinggi dua meter di atas Chandra, sedangkan Chandra Dangi hanya mempunyai tinggi yang setara dengan enam tin kacang yang disusun.


 Namun demikian, mereka gembira dapat mengenal satu sama lain dan berharap mereka dapat berkawan baik. Saya harap mulai saat ini kami boleh menjadi teman baik dan melakukan banyak hal bersama. Saya menjemput Chandra ke Turki mudah-mudahan ia akan datang, kata Sultan .

 Sultan juga mendedahkan bahawa ia merasa dirinya dan Chandra mempunyai persamaan. Walaupun ia pendek dan saya tinggi, kami mempunyai perjuangan yang sama di sepanjang hidup kami dan saat saya melihat mata Chandra, saya dapat melihat bahawa ia adalah orang yang baik, kata Sultan. 

 Chandra sendiri merasa terhormat boleh dijemput oleh Guinness World Records ke London dan bertemu dengan Sultan. Saya merasa terhormat berada di London, saya selalu ingin melawat London dan kenyataan bahawa saya boleh bertemu Sultan adalah perkara yang istimewa, kata  Chandra.


Sementara itu, Craig Glenday selaku pimpinan redaksi Guinness World Records menyatakan bahawa Guiness World Records Day menyatukan orang-orang yang sepaham, baik penguin, penangkap panah, pemain bola keranjang, tinggi atau pendek, kami meraikan keunikan para individu di seluruh duni dan menjemput sesiapa untuk mengambil bahagian dalam hari antarabangsa pemecahan rekod. 

Tidak hairan, kira-kira 600 ribu orang dari pelbagai penjuru dunia hadir dalam Guinness World Records 2014.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers