Tuesday, 25 November 2014

Filled Under:

Ngeri! Kanak-kanak Ini Dilahirkan Tanpa Wajah.

  
Seorang kanak-kanak di Maghribi lahir tanpa  wajah, namun ia masih boleh hidup dengan normal hingga saat ini. Kanak-kanak yang bernama Yahya El Jabaly ini lahir dengan lubang besar di wajahnya. Hidung Yahya hanya setengah cuping, tidak ada mata serta rahang atas naik.

Keadaan yang menimpa dirinya ini disebabkan oleh komplikasi yang dialami oleh ibunya ketika mengandung Yahya, sehingga merosakkan struktur tulang-tulang tengkorak kanak-kanak  tersebut.

Walaupun dilahirkan dengan keadaan yang sangat jarang berlaku, Yahya tetap masih boleh bertahan hidup hingga saat ini, dengan keadaan wajah yang mengerikan. Namun, dengan sokongan ibu bapanya yang begitu sabar menerima dengan ikhlas keadaan anaknya tersebut, Yahya semakin semangat untuk tetap hidup.

Jika ingin keluar rumah, Yahya biasanya menutup wajahnya kerana Yahya tidak mempunyai mulut yang membuatnya tidak boleh bercakap.





Yahya ini diketahui oleh orang ramai ketika rakan  ayahnya sengaja memuat naik fotonya di jejaring sosial Facebook dengan alasan untuk mencari doktor yang boleh membantu memperbaiki wajah Yahya.

Rakan ayah kanak-kanak tersebut menuliskan di bawah foto Yahya dengan memohon agar ada doktor pakar yang mahu mengubah wajah Yahya menjadi lebih baik lagi.

Kemudian, ada seorang wanita yang mengatakan jika ia adalah bekas pesakit kanser payudara, dan ia tahu rasanya mempunyai penyakit yang jarang berlaku.

Wanita itu pun menelefon ayah Yahya dan mengatakan jika dirinya berjanji akan mencari doktor pakar untuk membantu memperbaiki wajah Yahya tersebut.

Akhirnya, seorang doktor pakar yang bernama Tony Holmes pun muncul dan bersedia membantu Yahya untuk membedah wajahnya agar boleh hidup dengan normal.

Yahya dan ibu bapanya pun terbang terbang ke Australia tersebut untuk menemui doktor Tony yang mahu membantu Yahya.

Walaupun Yahya mempunyai risiko untuk meninggal di meja pembedahan, tapi Tony mengatakan jika dirinya akan berusaha sekuat mungkin untuk membuat Yahya mempunyai wajah yang normal.









2 comments:

  1. Anonymous8:48 am

    Kesian anak ni kan..

    ReplyDelete
  2. ksiannya...Allah lebih syangkannya

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers