Thursday, 4 December 2014

Filled Under:

Christa McKenna, Bekas Model Playboy Yang Jadi Pengemis.


Roda kehidupan telah memainkan nasib model cantik ini menjadi nenek tua yang hidup dari belas kasih orang lain. Pada masa kejayaannya, sekitar tahun 1970-an, Christa McKenna adalah seorang primadona dengan wajahnya yang cantik rupawan dan kerap muncul di televisyen. Bahkan ia juga pernah menjadi model majalah  Playboy.

Christa mempunyai kepakaran unik iaitu mampu meliuk-liukkan serta melipat tubuhnya yang lembut menjadi pelbagai bentuk. Salah satu gaya utamanya adalah melipat tubuhnya masuk di selang dua kaki yang terangkat ke atas. Maka tidak hairan jika ia mendapat banyak gelaran antara lain 'Manusia Getah' dan 'Spider Lady'.

Kepakaran Christa kali pertama dipaparkan dalam sebuah program The Gong Show, tahun 1979. Penampilan Christa berjaya membuat berjuta-juta penonton terpukau. Bahkan tiga orang yang bertugas menjadi juri kala itu memberikan nilai yang sempurna.





Namun siapa sangka, di masa tuanya Christa mempunyai nasib yang menyedihkan di mana ia harus berjuang keras untuk  hidup. Wanita yang dulunya disanjung dan dipuji banyak orang kerana bakat dan kecantikannya itu kini berganti menyapa orang-orang yang melalui di lorong St Wealthy, Grand Rapids, Michigan. Namun kali ini bukan lagi sebagai model, tapi sebagai pengemis yang mengharap  wang syiling.

Seperti yang dilaporkan oleh dari Mirror, kepakarannnya dalam melipat badan yang dulu dipertontonkan di televisyen sekarang digunakannya untuk mencari wang dan sesuap nasi.

Wanita tua itu kini mengidap penyakit skoliosis dan stenosis dan menjadi pengemis di sebuah persimpangan jalan di kawasan Michigan. Di lehernya terjuntai sebuah papan bertuliskan "60 tahun, memerlukan pekerjaan, Tuhan dan anda. Tolong bantu saya ".







1 comments:

Nuffnang Ads

Followers