Thursday 25 December 2014

Filled Under:

Gempar! Bruce Lee Masih Hidup Bersembunyi di Afghanistan.

Bruce Lee memang telah lama meninggal dunia. Anak lelakinya yang bernama Brandon Lee pun meninggal di usia muda dalam sebuah kemalangan semasa penggambaran filem, sama seperti ayahnya. Namun ada banyak sekali peminat Bruce Lee yang hingga kini berusaha meniru kemampuan bintang legenda dalam ilmu bela diri kungfu. Salah satunya adalah Abbas Alizada, seorang lelaki yang tinggal di Kabul, Afghanistan.

Tidak hanya hobi bela diri kungfu, Abbas Alizada juga mempunyai postur tubuh berotot dan wajah yang sekilas sangat mirip dengan Bruce Lee. Rambut hitamnya pun sengaja dipotong seperti model rambut Bruce Lee.

"Saya ingin menjadi juara di negara saya dan menjadi bintang Hollywood," terangnya seperti disiarkan oleh Mirror.

Lelaki
ini  lahir dari keluarga miskin, dengan adik beradik sebanyak 10 orang. walau demikian ia tidak putus asa dan terus berlatih wushu dari guru yang rela tidak dibayar. Sejak usianya 14 tahun Alizada belajar ilmu bela diri tersebut.

"Keadaan di sini membuat saya sedih, namun juga memberikan saya inspirasi," ujarnya.

Ia menganggap Bruce Lee adalah pahlawan dan ingin menjadi seperti pelakon berasal dari Hongkong yang merintis kerjaya di Amerika itu.

Alizada sendiri menjadi dikenali orang ramai selepas menghantar foto-foto dirinya di akaun facebook miliknya. Banyak orang yang sependapat bahawa Alizada memang mirip Bruce Lee.

"Saya fikir Bruce Lee adalah seorang model, sebagai seorang atlet dan sebagai seorang tokoh. Saya bukanlah Bruce Lee tapi akan mengikuti jejak langkah beliau, "kata dia.















1 comments:

  1. Anonymous9:21 pm

    Ada sorang lagi mirip bruce lee, kat Malaysia, lahir tahun naga juga 1976.

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers