Sunday, 4 January 2015

Filled Under:

PelikGila! Buckle Kepala Tali Pinggang Termahal di Dunia Melebihi Harga Kereta.

(Buckle) Kepala tali pinggang biasanya tidak menjadi tumpuan perhatian dalam berpakaian. Tapi mungkin anda akan jadi perhataian jika memakai tali pinggang Calibre R822 Predator. Bagaimana tidak? Kerana harganya melebihi harga kereta.

Calibre R822 Predator merupakan bahagian kepala tali pinggang yang dibuat Roland Iten, syarikat di Geneva, Switzerland. Sesuai namanya, "Predator" memang bertujuan untuk memberi persaingan kepala tali pinggang lain yang dijual di pasaran. Maklum saja, kerana Calibre R822 Predator dijual pada harga US $ 550 ribu , tanpa tali pinggang.

Tidak masuk akal, dengan harga hebat tersebut membuat Calibre R822 Predator jadi kepala tali pinggang termahal sedunia. Bahannya pun bukan  calang-calang diperbuat daripada emas putih  18 karat dan titanium. Beratnya yang 145 gram itu dihiasi 387 potongan berlian dengan jumlah 14,15 karat.

Tapi yang membuatnya sangat mahal juga kerana rekabentuknya yang inovatif dan rumit. Dengan mempunyai 167 komponen, kepala tali pinggang tersebut mirip jam tangan Switzerland yang tersohor atas kerumitan reka bentuk. Kreatornya mendakwa juga membekalinya dengan teknologi membersihkan diri sendiri, meminimakan kepala tali pinggang terbuka sendiri dan mudah diatur dengan satu tangan.

"Hanya ada 3 kepala tali pinggang Predator yang akan dihasilkan eksklusif untuk memastikan tidak ada yang diciplak," kata wakil syarikat. "Kadang diperlukan masa hingga 6 bulan untuk menghasilkan reka bentuk elegan seperti ciptaan asalnya."

Roland Iten dikenali sebagai syarikat pertama membuat buckle tali pinggang mekanikal pada 2003. Jika Predator dirasa terlalu mahal, Roland juga memberikan pilihan "lebih murah" iaitu siri Raptor seharga US $ 60 ribu.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers