Bermain games memang dapat melepaskan penat dan tekanan. Namun sebaiknya kita perlu tahu masa dan keadaan semasa bermain game.
Harapan wanita ini untuk mendapatkan perkahwinan yang romantis dan indah musnah sudah. Pengantin wanita itu harus berdiri sendirian di depan altar gereja di hadapan tetamu yang telah hadir. Pastor pun telah memulakan pemberkatan perkahwinan. Namun setelah menunggu selama 3 jam, pengantin lelaki tidak kunjung tiba.
Rupanya, pengantin lelaki itu tidak datang ke gereja melainkan datang ke kafe siber untuk bermain games "Mini Defense of the Ancients 2". Disiarkan dari altervista.org, pengantin lelaki rela menunda upacara perkahwinan demi mendapatkan barangan yang jarang dalam games yang ingin ia dapatkan.
Pengantin wanita memang sudah mengetahui calon suaminya itu telah ketagihan bermain game online sejak lama. Namun ia tidak menyangka kekasihnya itu tega lebih memilih game online daripada perkahwinan mereka.
Si lelaki juga sebelum ini telah berjanji akan berhenti bermain game online sebelum hari perkahwinan mereka. Namun faktanya, lelaki ini justru berada di kafe siber bukannya di gereja untuk melangsungkan perkahwinan yang telah dinanti-nantikan.
Selepas insiden ini, kedua-dua pengantin ini memutuskan untuk berpisah dan pengantin lelaki dibawa ke hospital pemulihan untuk merawat ketagihan.
"Saya tahu, ia akan memberikan peluang kedua selepas saya sembuh," kata pengantin lelaki tentang harapannya.
Kisah yang berlaku di Filipina ini membuktikan jika teknologi yang begitu canggih, tidak ditangani dengan baik justru akan membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.
Thursday, 15 January 2015
Filled Under:
Dunia Pelik
Wanita Ini Menangis Penggantin Lelaki Tidak Datang Kerana Main Game di Cyber Cafe.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment