Sunday, 15 February 2015

Filled Under:

Gadis Curah Asid Atas ZZakar Teman Lelaki

                                                        GAMBAR HIASAN

 

MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan video seks mereka telah bertindak nekad mencurah asid ke atas zakar lelaki tersebut.

Mangsa, Humphrey Khoza, 25, dikatakan menggunakan komputer ribanya untuk merakam aksi hubungan seks mereka sebelum video tersebut tersebar di laman sosial dan menjadi viral di internet.

Gadis berusia 17 tahun itu kemudian menemui Khoza di sebuah pub dan membaling asid bateri ke di celah paha lelaki berkenaan.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana semasa dia datang saya nampak dia memegang sebiji botol, namun tidak menjangka botol tersebut berisi asid,” kata Khoza.

Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana video tersebut boleh tersebar dalam laman sosial dan kini zakarnya tidak akan berfungsi lagi selain perlu membuang air kecil melalui tiub.

“Jika saya mendakwa dia di mahkamah sekalipun, ia tidak membawa apa-apa makna kerana tidak mungkin boleh mengembalikan kejantanan saya. Jika dia dipenjara, itu akan memusnahkan masa depannya dan saya juga tidak berupaya untuk berulang-alik ke mahkamah,” katanya. – kosmo.com.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers